Thursday, December 23, 2010

Update cepat-cepat lepastu nak tido

Nak update in points sebab rasa macam nak update in points.

  • Sekarang tengah demam,tapi totap tak sedar diri.
  • Tadi kan ada orang tu kan cakap menyesal tak pergi kelas harini sebab dah rindu kat saya.Teehee.
  • Weekend ni kena jadi pengapit.Jalan pon kena kepit-kepit.
  • Lecturer cakap,"you have to start to turn on your reading mode starting from today in order to put you on code of excellence".Petanda baik sebab first class dah boleh ingat apa yang lecturer pesan.Fuyoh.Full sentence lagi tu.Selalu dengar hujung-hujung je.Tau-tau dah sampai excellence.
  • Petanda tak baik pensyarah untuk subjek ketrampilan berbahasa macam scary dowwww.And the worse part I dont even know anyone in that class.Macammana nak makan dalam kelas ni dowww takde geng dowww.Lepastu pensayarah ni macam tahu-tahu je kandungan isi hati tetiba cakap"Selalunya saya memang bagi student saya makan minum dalam class".Terus dongak kepalaaa ,mata bersinar-sinar ."Tapi itu untuk kelas yang berterusan selama 6 hingga 7 jam.Setakat kelas 2 jam macamni,jangan mimpi nak makan dalam kelas saya." Tunduk balikkk.Tskk.
  • Ada orang bagi message "Wei kitorang kat Kajang,shopping kat mydin.Jealous tak?" And how I'm supposed to react?Should I be jealous?Should I?Should I?
  • Eh sepet,mana awak ha.Saya nak awak sekarang!

Thursday, December 16, 2010

Saya nak balik rumah sekarang.

Tiba-tiba saya jadi rindu adik lelaki saya yang montellllll pipinya yang boyot perotnya yang suka sangat mamasak tu.Dan adik lelaki saya tuuu memang suka sangat memasak lepastu habis tunggang langgang dapur sampai nanti bila bukak fridge apsal ada garam ,apsal ada bawang dalam fridge ni wei.Dan saya sebagai satu-satunya kakak yang dia ada memang sangat bertuah kerana mampunyai adik lelaki yang rajin memasak macamni sebab aku pemalas wei.Hanya akan menjadi rajin bila rasa nak rajin.Macam aku tengah tengok how i met your mother dekat starworld tengah gelak gelak tengok barney stinson lepastu tiba-tiba nanti abah masuk bilik tv cakap,"Ayong,kenapa biarkan anak dara kat dapur tu masak sorang-sorang?KAHKAHKAH"
Selain itu adik lelaki saya ni juga sangat suka lah mengajak saya pergi kedai.Kodai kodai kodai.Haish sikit-sikit,ayong,nak pergi kedai?Nak beli spengothhhi.Ayong,kedai?Nak beli kicap.Ayong,kedai?Nak beli tolor.Dah lah paling geli nak pergi kedai bangla taman aku tu.Sebab dia pernah garu bontot dia depan aku gila tak senonoh kau noks.Dah lah pakai kain pelikat main selit-selit je dengan singlet putih kopam tu lepas tu kau boleh membontotkan aku lepas tu garu bontot depan aku.Motifff?Nah terus dapat nama,nak pergi mana?Nak pergi kedai bangla garu bontot.Masalah nya sekarang kenapa kite kena cakap pasal bontot bangla ni.Sebenarnya nak cakap I miss my family so much and I want to get home like right nowwww pweaseeeee.


Wednesday, December 1, 2010

Bola oh bola

Dalam bilik tv

Bapak : Eii .Boring lah bola ni.Apo ni tak best kan mi.
Mak : Ala tengok je lah hah.
Bapak : Tak nak lah (sambil bangun dari sofa)
Mak : Mengada.Awak tu laki.Ni bola ni laki lah yang selalu tengok.
Bapak : Kite bukan laki,kite maknyah.
Mak : Hahahahahahahahaha.

Luar bilik tv

Anak : HAHAHAHAHAHA.

You always know how to make me smile

Facebook:
A: Wey on ym tak?Nak cakap ni.Ada hal.Buzz aku please.

Ym:
A : Weh bz ke?Ganggu ke?
B : Tak de lah.
A : Hmmh.Macam s**l lah.
B : Kenapa ni?Cite lah.
A: Hm.Tapi ni aku tak sure lagi.
B : Apa dia ni???Apa dia?
A : Tapi jangan bagitau siapa-siapa.
B : Okay.Kenapa niii weyh?
A : Maybe kan kan.hm.
B : Okayy.hmm.
A : Mak aku nak pinangkan aku
B : B**I S**L.
A : hm
B : S**T.
A : Dah dah dah
B : S**T.
A : Dah dah tu.Aku gurau je.

B : $%%$^&$#%!!

Tuesday, November 30, 2010

Kalau cuti je mesti jadi Cindelela dekat rumah

For some reasons,I think I'll be a good housewife when I get married.Haha.Kenapa kitew cakap macam tu?Haaa.itu yang kita tak tahu ye.Ha mengapa ye.Ha ye.Haa rasa nak siku ye?Haa ye lah.Okay mari kitew terangkan kenapa diri sendiri bercakap sebegitu demikian rupa.Nah hambek kau siap buat jadual waktu sekali.Hati-hati.Handwritting sangat MENYAKITKAN MATA-HODOH nak mampos.Baca dari kiri ke kanan anda.Please take note.



Yang part cakap good morning kat atuk jiran depan rumah tu serius emangnya gue tabik spring lah kat atuk depan rumah ni.Dah la kecik je keding je comel je selalu pakai kopiah putih.Setiap pagi mesti tengok dia tengah belek-belek pokok bunga dia depan rumah.Lepas tu gigih betul main cangkul-cangkul tanah yang sekangkang kera depan rumah tu.Sampai diri sendiri pun jadi bersifat ingin tahu apa lagi yang atuk ni nak cangkul lagi ni.Dah hari-hari duk kerjakan tanah yang secoet tu yang kalau baru jalan 2 langkah dah sampai hujung dah.Lepas tu nanti tiba-tiba diri sendiri akan menjadi seorang jiran yang ramah lagi prihatin cakap hai atuk assalamualaikum slemat pagi buat apa tu tuk.Lepas tu nanti atuk tu cakap apa tah potpetpotpet lepas tu aku pun sengih je sambil angguk-angguk berpura-pura faham.Ok sekarang kenapa cerita pasal atuk depan rumah ni je dah satu perenggan?
Okay, tapi kalau nak cerita kehebatan surirumah yang berjaya ni,dah tak de apa nak cerita sebab belum sampai tengahari lagi,surirumah yang hebat di waktu pagi ni dah syahid dulu.Wallahualam.

Saturday, November 20, 2010

Nama-nama Jepun paling cool selain Atashinchi

1.Yang pemarah - Keiji Cacimaki
2.Yang suka berjimat - Sayori Sukamura
3.Yang bisu - Kieta Tadasora
4.Yang suka makan nasi - Nanachi Kasibanya
5.Yang suka layan blues - Aponadikato
6.Yang suka belajar - Ashiko Ulangkaji
7.Yang kerap bikin kacau - Wakasi Huruhara
8.Yang sangat kedekut - Matimati Tamokasi
9.Yang suka sangat tidur - Ichiban Tidomati
10.Yang suka mengintai - Hintai Akosuka
11.Yang tua - Taragigi Padanmoka
12.Yang kena tinggal bini - Susahati Binilari
13.Yang suka merempit - Saja Carimati
14.Yang suka bersumpah - Saifoo Baukari
15.Yang lembab - Ayumi Siputbabi

Version sendiri:
Yang tak boleh tido malam - Mataku Sogarmalemmalem
Tetibe rasa macam version tamil dah.Ok bye.

10 perkara kenapa Putri Wahida tetap jadi kawan baik saya

1.Sebab bilik tidur dia colour purple ,furniture semua colour putih exactly macam bilik saya.Oleh itu bila pergi lepak rumah dia memang tak akan ingat nak balik sebab rasa macam lepak kat rumah sendiri .

2. Sebab perempuan ni akan jadi paling excited kalau saya bukak aircond kat bilik.Apahal tah.

3.Sebab dia suka Britney Spears.Kalau buka almari bilik dia zaman sekolah dulu,hambik kau terpampang poster Britney sebesar-besar alam huh konon ambik feel lah tu nak pakai baju nak siap kena pandang muka Britney dulu.

4.Sebab perempuan ni nampak je macam otai/gengster/paling anti junior gedik-gedik kat sekolah- dulu,pernah keluar masuk bilik penolong kanan segala.Tapi cuba check beg sekolah dia mesti ada set makeup baru beli dekat Watsons.HAHA.

5.Sebab we dont do what the other typical bestfriends would do like holding hands,hugs,kissses and stuff.Because it just feel awkward.Tapi saya dalam diam,memang jealous gila bebi bila dia dengan kawan perempuan lain boleh pegang-pegang tangan peluk peluk.Dengan aku kau tak hingin kan takpe.Ok sekarang kau dah tahu.HAHA.

6.Sebab tak sangka orang yang selalu buli saya masa tadika,rambut saya yang selalu bertocang dan diikat tinggi selalu musnah gara-gara perempuan ni.Selalu gerun nak pergi tadika setiap hari pun sebab perempuan ni lah.Tapi ironically,boleh jadi kawan paling awesome sampai sekarang.

7.Sebab dia ada papa yang paling sporting dalam duniaaaa.Papa dia selalu kidnap saya lepas tuition siap call mak saya,"Pn Zakiah,I dah kidnap your daughter.Hahahaha." Lepastu bawak saya dengan Putri pergi jalan-jalan-makan-makan seronoknya hanya saya yang tahu walaupun saya takdelah lah tunjuk sangat excited saya tu.

8.Sebab dia ada habit yang pelik sebelum tido dimana saya kena garu-garu tangan dia dulu sebelum tido.KAHKAH.The cutest secret revealed!

9. Sebab we are totally different.Macam dia lagi suka beli Galaxie dari Cleo.Atau macam dia lagi suka pakai lipgloss bila saya lagi suka eyeliner.Ataupun macam dia power gila park kereta dari belakang,saya nak park kereta macam biasa pun siap bergesel dengan kereta sebelah lagi.Hah kan beza tu.

10.Sebab you are special.Tengok gambar bawah pun dah tahu betapa istimewanya awak.


I know I don't always talk about you but I want you to know that you are missed!

Friday, November 19, 2010

I don't like missing you.





I dont know much about love,but just being around you makes me smile.

Monday, November 15, 2010

A message

Don't speak love.Be my best friend and I'll love you forever.

Sunday, November 14, 2010

Terima kasih Fasha

Okay,sekarang tengah cuti.Perlu lah setiap entry nak bagi tahu semua kau tengah cuti?Okay sekarang tengah cuti.Hoiiii orang kampung ,sekarang aku tengah cuti tengah banyak masa lapang weh bangun pun pukul 1 ajak lah aku keluar kawan kawan hoiiiii ???Okay boleh lempang sekarang.
So its holiday tapi I dont think I'll be doing anything beneficial to fill up the 3 weeks of boredom.I know some of my friends,they're on the semester break too but I guess everybody is too lazy to get off the lazy ass to make a simple call and ask if anyone is free and would like to meet up.I missed my friends but I dont know I just don't feel like meeting anyone.To just stay at home,spending most of the time in the room writting and writting,belajar grammar *HAHA*,makan dark chocolate,tengok tv,buli kucing,buli adik,sepahkan bilik,buli lagi adik suruh kemaskan bilik,workout sikit-sikit*fuyoooh* pun macam dah cukup.I think I'm gonna spend the holidays improving my relationship with the family members especially with THE MUMMY.Hehe.Yeah she'd brought up the issue that I've changed in a way of that I rather keep silent at home than being the one who used to start and do the silly jokes.I don't know, sometimes I just feel like I dont want to talk,thats all.
So sekejap lagi saya akan menggunakan cerita hot pasal fasha sandha to start the conversation dengan bonda tercinta.Terima kasih fashha sandhhha kerana berjaya memulihkan hubungan saya dengan mak saya.Tak sia-sia kau bergelek-gelek sakan yeayyy.
And while I'm writing this,I received a message from Hanis telling,
"Saya tengah minum vanilla coke and eating jagung manis.Gosh I miss u guys hard."

Hanissssssss,I miss you more girlfriend.Tskkkk.
And to Mr F,I never thought that I would miss you too,friend.

Thursday, November 11, 2010

Target untuk cuti sem ni

Okay so its hoildays.What do normal people do when it comes to holidays?We eat.We watch telly.We sleep and we eat again.And we eat and eat and eat.Oh myyyy.Cukup-cukup lah makan.I really need to cut off few kilos man.Because out of blue ,everyone happened to be kindly concerned about my weight gain.Your concern is very much appreciated guys.Hehe.Haihh.Disebabkan hari-hari kena buli secara mentally oleh Megat and Hanis about my eating madness,I dengan berlagak dan yakin dah tercakap dengan diorang,
Hahhh,Tak pe.takpe.kau orang cakaplah apa-apa sekarang.Nantikan kemunculan semula aku yang baru sem 2 nanti.
Cis.Aku pakai skinny jeans ketat gila bebi saiz XXS lagi.Huh.hm.Okay S pun boleh kan?
Kalau nak tahu,I think this is how I looked like before starting the college.
I know I gained a lot of weight since I started college but I just couldn't help myself to not to eat constantly.FOOD makes me happy.Dengar nak pergi makan terus tak mengantuk.Dengar nak pergi makan terus ceria hidup.Dengar nak pergi makan terus semangat nak belajar sebab dapat tahu lepas tu nak pergi makan.


Lepas study sampai tengah-tengah malam mesti Megat dengan Hanis ajak pergi makan.


Okay fine.Saya tipu.Sebenarnya bukan macam tu situasi dia.Sebenarnya macam ni.


Tapi takpe takpe kauorang.Korang tengoklah nanti aku balik sem 2 ni nanti masing-masing nganga-nganga kembang-kembang rambut masing-masing tengok aku.


Pergh *lap lap air liuq meleleh* cukup ramping tak pinggang?
Hmm tak sabarnya.Pasti boleh.Sekarang dah 2.51 am.Okay nak tidoq.Esok nak jog.
*Sambil suap suapan terakhir nasi goreng ayam*

P/S: Hanis sumpah ini last entry i buat this doodle thingy.Ini paling lama,paling memerlukan kesabaran untuk saya yang tak pandai melukis nak buat entry ni.I miss you,gf.

Wednesday, November 10, 2010

Eh dah cuti?

Sebelum exam.
Tengok-tengok lecture notes sambil buat muka.Tiba tiba mata ternampak external disk.Godek-godek kejap.Wah banyaknya movie tak tengok lagi.Hah yang ni macam best je.Hah yang ni pun sama.Eh ini pun sama macam handsome je hero dia.Okay.Nak pilih jap lah movie mana nak tengok lepas exam nanti.
Tiba-tiba tertengok habis 7 movies.

Selepas exam
Woahhhhhhhhh.Exam dah habis.Paper tadi macam harem penat je aku baca banyak-banyak.

9.00pm
Okay sekarang nak tengok movie.
*Teringat paper tadi.*

9.30pm
Okay sekarang nak tengok movie
Haus.Pergi beli coffee dekat machine.Cis,air panas sold out.
Takpe, sekarang nak tengok movie.

9.45pm
Okay sekarang nak tengok movie
Tengok hp.1 message received.Baca message.Tiba-tiba down.

10.00pm
Okay sekarang nak tengok movie.

12.56am
Okay sekarang nak tengok movie

4.30 a.m
Okay sekarang nak tengok movie.

5.01 a.m
Hoii.Mana mood nak tengok movie ni mana hah manaaaaaaa.


I can't deny this.Tengok movie before exam memang lagi neqqqqqqqqmat.

Friday, November 5, 2010

Dadah baru saya

Oh mannn.Main tukar-tukar,pilih-pilih baju ni can be sooooo addictive.
Untuk siapa-siapa yang tak mampu nak beli kasut Chanel berharga RM 11,850,
Untuk siapa-siapa yang hanya mampu baca magazine BAAZAR sambil mengeluh-mengeluh sebab tahu diri tak berkemampuan nak afford beli Samantha Oxford Shoes yang harga dia boleh beli sebijik blackberry atau mungkin 2 bijik.
I know how you feels guys.I know.
Soooo lets keep that feeling of bila-aku-nak-kaya-macam-marykateashley-ni-hah aside and lets have some fun with POLYVORE,one of the coolest fashion online community.
I know some might said its pointless,sebab macam boleh tengok je apa kejadah lah ni,but who cares.This is a place where you can create a new trend,boleh jadi trendsetter and having fun mixing and matching with those super cool outfits and stuff.Pun boleh jadi medium untuk kauorang hint-hint boyfriend/girlfriend/sugardaddy masing-masing.

"Hmm sayang,cantik kan kalau dapat baju cenggini.?"
"Baby bucuk macam,kasut ni cantik gila en.Kalau dapat ni hmmmh memang I kahwin terus dengan org tu hmmmh tak fikir apa dah"
"Honey bebi kalau you pakai macamni,Jessica Alba tu I pandang sebelah mata je."
"SuMpah LawA Cgt.Eaa,AwK taK Nk bLi cmNiee tuQ Sye Kewww.Klu aWk BLi tUq sYe,sYe mMg saYunK awK keTaT-keTat." (version rempit)

So yah I messed around on polyvor recently.Cekidaut cekidaut.




And down here are those pieces I picked for y0u gentlemen.Haih.Tolonglah baju lelaki ni ,tak payah tengok orang pun dah macam jatuh cinta dah dengan baju je.Hish tolonglah pakai macam ni tolong lah.
*DROOOOOOOLING*


Okay cukup cukup.Sebab sekarang dah mengantuk nak tido okbye.Eh dekat library tak boleh tidur.Ok bye.Siapa kata tak boleh?Boleh je.Ok bye.Dah la tengah lapar ni.Ok bye.Lepas tu cafe pulak tutup kot sambut deepevali.Ok bye.Exam last paper tak lama lagi.Ok bye.Macammana nak study kalau lapar.Kalau tidur tak rasa lapar kan?Tak payah study lah kan.Ok ok bye.Annoyed much?Okay Okayyyyy.Bye.

Wednesday, October 27, 2010

Heavy clouds in the sky

You gave her hopes then you ruined everything.
Sad isn't it?
You lied to her.But she doesn't wanna know.
Sad isn't it?
You broke her heart and still she tried to make it work.
Sad isn't it?
You walked away.She's still there.Not moving an inch.
Sad isn't it?
They said time heals everything.It doesn't work on her.
Sad isn't it?
Love songs make her sick.
Sad isn't it?
Everyday she wished she could turn back times and fix anything so that you don't have the heart to let her go.
Sad isn't it?

Monday, October 25, 2010

Sibuk je nak complain-complain

Saya kat library.Saya bosan baca literature pasal gorilla.Saya tak faham kenapa kena baca pasal gorilla.Dah la gorilla tu siap ada nama.Ishamael.Bukan main lagi gorilla ni.Saya bosan.Jadi saya pun kacau lah kawan saya dekat India tu.Saya ajak dia main skaip skaip denmgan saya.Eh kite salah eja lah.Skype-skype.Hikhik.Tapi masa saya tengah skaip-skaip dengan kawan saya tu.Hikhik salah eja lagi.Skype-skype lah.Apa lah awak ni.Okay sambung.Masa saya tengah main skype-skype dengan kawan saya kat India tu tiba tiba saya dapat tahu ada perempuan gila ni buat aduan pasal saya.Saya tak faham la perempuan gila ni.Dah la tak dapat makan jagung dalam cawan lepas tu bising-bising.

Borang Maklum Balas dan Aduan Pelanggan Perpustakaan UKM
Nama: Hanis Madu
Fakulti: Fakulti Pengajian Islam

Aduan/Cadangan: Tolong tegur orang yang skype dekat library sebab bising.Tak kisahlah kawan orang tu dekat India pon,skype lain-lain kali tak boleh ke?!Dah la makan banyak pastu curi makanan orang lain.Lain kali kalau perempuan ni datang lagi,SILA HALAU DIA!


Kalau nak tengok apa pihak library balas boleh KELIK sini.


Saturday, October 23, 2010

Sekarang dekat library.Whoahhhhh sikittttt.

Myra,awak tengah buat apa?Muka serius je.Mesti tengah tulis blog kan.Kalau awak tengah study mesti gelak-gelak.

I wanna believe in everything that you say
Cause it sounds so good
But if you really want me, move slow
There's things about me you just have to know
Sometimes I run
Sometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tight
Treat you right
Be with you day and night
Baby all I need is time.

Haihh.Banyak benda nak cakap,but I'm terrible in putting my thoughts into words.
Been listening two these two songs again and again and again.
'why do you let me stay here' and 'sugar town'.
Ohhhhhh.Sedap ah lagu ni.Rasa nak make love je dengan lagu ni.

Friday, October 22, 2010

Sugar rush baby

Sambil tunggu mihun goreng,nasi goreng ikan masin,nasi goreng kampung sampai.
Sambil sedut milo ais,vanilla coke,teh o ais.
Sambil masing-masing garu-garu sebab nyamuk beri gigitan cinta percuma.

"Babe,exam TITAS jawab betul salah betul salah je kan?"
"A'ah .Em contoh soalan dia camni.Hmmmm."
**senyap**
"Apa dia?"
"Jap ah.I tengah nak ingat ni."
**senyap**
"Ha okay.contah soalan,moral sama maksud dengan akhlak."
"Salah."
"Hmm.Betul."
"Ha?Betul ke salah?"
"Betul."
"Jawapan dia betul ke salah?Betul lah jawapan I salah?Ke jawapan dia betul?Tak tak.I jawab salah tu betul lah ke jawapan dia betul and I jawab salah?"


Kenapa aku kena berhadapan dengan perempuan gila ni hari-hari?




Saturday, October 16, 2010

Cempeydak goreng

Okay babe.Truth or dare?

Berjalan dengan gagah dan buat-buat yakin pergi kaunter mcd.
"Selamat pagi.Makan sini atau take away?"
"Makan sini."
**Tahan gelak tahan gelak tahan gelak tahan tahannnn**
"Ok nak order apa?"
Tiba-tiba cuak tengok muka abang kaunter.
**Tahan tahan tahan tahan tahan tahannnnnnnnnnn**


"BANG!.SAYA NAK CEMPEDAK GORENG DENGAN SAMBAL BELACAN .SATU!"




OK BYE.

Friday, October 15, 2010

Minggu ini minggu gila.

This week,

I don't make my bed after waking up.I left it chaos.
I dropped my hp when I was trying to catch the stupid bus.
I dropped my laptop when I was walking and talking to a friend.Whoaaa.
I made my notes fly all over the class during my presentation.
I smile to strangers.
I slept at 4am because editing slides for the presentation gave me joy.
I'm addicted to milo ais and its creepy.I never ordered milo ais before.Never.
I get up at 5 in the morning not by choice because of the fear I might missed the morning class.Then I went back to sleep.
I get up at 6 in the morning not by choice because of the fear I might missed the morning class.Then I went back to sleep.
I get up at 10 and damn it I missed the morning class.
I had my evening shower at 1 in the morning because I'm too lazy to get off the bed.
I only wear my left contact lens as the other pair is ..missing I guess..Haha.
The credit is now RM0.00 as the dad macam buat-buat tak tahu.
I can't get into my room because I cant find the key.No,I left the key in the room.Nice.
I depend on my 24hour deodorant to please whoever around me the whole day.


And I turn my face over everytime I see you because I don't want you to see me in this mess.

Maybe I need a therapy.Food therapy pun macam best.



Wednesday, October 6, 2010

Perempuan feveret kite

Kalau keluar dengan perempuan sorang ni,mesti gusi i takkan pernah kering.Lepas tu dia hangkot sekali pulak kawan dia ke scandal ke lelaki simpanan ke apa tak tau lah.hikhikhik.Dapat pulak dua-dua suka dan sudi gelak bila I buat lawak yang selalu macam jadi tak jadi.Ok bye.


Dah lah jemput I dekat college sesat lepas tu nak park kereta depan I pun macam nak langgar I ke apa tah.Woahhhhh.Terus jadi berdebar-debar nak bukak pintu kereta takut nanti keluar gangster celah mana Hajar bawak ni.Tapi bila nampak muka Hajar,terusss wehhhhhhhhhhhhh rindunya kauu.hikhikhik.Terus jerit-jerit lupa dekat driver kejap.
Tapi jumpa Amid ,kawan Hajar yang kitew ceritew tadiw tuw memang takde rasa malu lansung.I mean takde nak cover ke sopan apa segala haram sebab dia pon tak tau malu suka buli orang.Sama lah macam bila jumpa Hajar.Akan menjadi diri sendiri seratus puluh puluh peratus bila bersama Hajar.Tak pernah rasa bosan bila bersama Hajar.Dan Hajar pon tak pernah rasa bosan bila bersama I.*confident*
Hoii,nak tau tak,nak tau tak budak yang aku jumpa beberapa jam ni berani betul siku aku.Tengok kan dah cakap dia tak tau malu.Lepas tu konon power lah tu asap shisha kuar bentuk bulat-bulat.Hajar,lepas ni kita shisha kita buat bentuk i love you terus.Kasi dia tercengang sikit.Ok.Tercengang banyak.






Tengok tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.Diew senyap-senyap jew sikuw kepalew kitew.Kitew bagitaw mak kitewwwwww kang.




Yang ni kite kidnap dia pukul 5 pagi padan muka.

Ok Kitew da ngAnToks Lar.NanTie kiTew cOteT-cOteT laGi taww.CukoP reMpiT taK kiTew?Ok,BabAi.

Tuesday, September 28, 2010

Elephants can breath through their butts.

Masa bagi speech untuk 1-minute speech minggu lepas,I tak prepare apa satu jadah haram pon.Esok nak present baru hegeh-hegeh googled Google.Eh betul kan ayat ni?Lepas tu ahaaaaaaaa,*ada gambar mentol kat kepala* yes yes dah dapat idea dah nak bagi speech apa.Aku nak bagi fakta-fakta menarik je lah esok.Google,google,google dan nah amek kau.Terus 10 facts aku bagi.Harap-harap cecah la 1-minute tu.Konon nak baca lambat-lambat lah ,nak eja satu-satu word lah segala.

Esoknya,nah amek terus 5 minute ke apa tah speech I jadi nya.Before tu dah plan macam nak buat comel-comel sikit macam dalam radio ke tv apa tah.Yang macam "did you know that...bla bla",sambil tangan tunjuk huruf satu lebih kurang macam tu lah.Tak faham kan,ok bye.Tapi jadi macamni.

Did you know that,dolphin can sleep with one-eye.........*semua blurr sebab I berhenti kejap telan air liur.gulp gulp*..err open?*tiba-tiba diorang macam owhh..hahahaa.owhhh*.Seterusnya.

Second fact,did you know that elephant is the only mammal that can't jump and mosquitoes have 47 teeth.But then I was mistakenly pronounced the word teeth as thief.So lecturer tu macam blur?
"What did you said?What do nyamuk have?Thief?What thief?"
"La.thief...thieffffffff.u knowwww.Thieffffff.alaaa".Sambil I macam bodoh weh beria-ria ni tunjuk gigi I.Lepas ni kena belaja sebut betul-betul.Tskkk.

Third fact,it is impossible to lick your own elbow.
And the lecturer was like,Oh really ahh?Sambil gigih try jilat siku beliau.Nak jugak tu kann.
If you're able to then you're a major freakkkkko.Haha.Boleh tak cakap camtu.Pale hotak kau nak mati.

Bla bla bla and the last facts is,
Did you know that turtles can breath through their butts which apparently we can't.
Yang ni memang dia bantai gelak.Siap bagitau paling suka facts ni.
"Okay.Haha. Interesting. I never knew that."

Dan sebab itu lah my supposed to be 1-minute speech dah jadi 5-minute speech sebab setiap kali satu fact I bagi,mesti banyak persoalan dari lecturer dan silly things happened.

Dan dan Hanis lagi kelakar comel gila.Masa class tadi tiba-tiba beria-ria ni tanya I,
"Babe, apa lagi interesting facts you present haritu ahh.Sebab semalam kan I share dgn facts tu dengan kawan-kawan I diorang bantai gelak gila wehh.I cakap yang elephant can breath through their butts tuuu.Haha .Cepat lah.Apa lagi eh?

"Babe.I bukan cakap turtle ke?Bila masa dah tukar jadi elephant ni."

Habis kena bantai gelak.HAHAHA.Dah lah tengah dalam class lepastu duduk paling depan sekali paling depannnn.Macam kalau lecturer rasa nak baling projector tu dari tempat beliau confirm boleh tepat kena Hanis lah.Confirm.Memang confirm.Ok lah bye.


Wednesday, September 15, 2010

Raya dah?

When he loves you,you 'll know it.
If he don't,you'll get confused.


So its raya and I dont feel like celebrating it like the years before.I dont know what or which part is lacking maybe it is because of the fact that raya is only fun and exciting when we were kids.Or maybe because my clostest cousin is not around.Another sadness.Or maybe because of the saddest fact that I have tons of assignment that need to be settled before the precious holidays end.Dah lah 'things-to-do' list aku hilang.Memang kalau buat baru aku letak dari no satu sampai sepuluh TIDUR MAKAN TIDUR MAKAN je lah.Semalam selongkar kotak harta karun.Macam-macam jumpa.Resit beli barang kat Watsons tahun 2006 pon nak simpan tah ape tah.Jumpa surat cinta masa PLKN dulu.Rindu kawan PLKN.Hasbi.Walaupun kau macam haram mulut laser zaz zaz zaz segala tapi takpe,aku tiba-tiba rindu kau do.Fira lagi lah.
Melaka yang banyak kumpul cerita sedih,nak datang lagi boleh?




Tuesday, August 31, 2010

Lazy Tuesday




After quite a long pause,last nite was fun.Thankyou everyone.

I had a good start in the morning for today.Thanks to you.

Gotta take a nap.Seriously.Good nite.

Sunday, August 29, 2010

Macam comel je.




Tadi masa berbuka,tinggal I dengan adik lelaki yang berbadan sihat berumur 18 tahun kat meja makan.Lain semua dah selesai.

"Ayong,Iddin ingat lagi kecik-kecik dulu kan,Iddin tension kalau baca buku dengan Ayong."
"Kenapa lak?"
"Iddin ingat lagi masa tu Iddin kecik lagi.Tak pandai membaca lagi.Kite baca majalah ALONG sama-sama.Iddin selalu suruh Ayong baca kuat-kuat tapi Ayong tak suka baca kuat-kuat sebab Ayong suka baca dalam hati je."
"Hahahaha.Yeke.Comel je kannnn Ayong dulu."


Teringat Siti Sifir.

Friday, August 27, 2010

Pekak ngupenya

Kenapa selalu dimalukan macamni?Kenapaaa.


"Saya nak buat reservation."
"Okay.Untuk berapa orang ye?"
"Emm.4 orang."
"Okay cik nak duduk kat mana?"
"Hmm kat situ lah.Yang bawah lampu tu cam best je."
"Okay.Nama cik?"
"017-258..."
"Eh.tak.Saya nak nama cik je bukan nombor hp." (muka tahan gelak)
"Oh ohh.eh yeke hehe." (muka gigih tahan malu)


Mungkin harus gerudi telinga lepas ni.



Loser in love



Wednesday, August 25, 2010

Esok nak buat apa eh?



Seteresssssssss aku kalau macamni do.


Sunday, August 22, 2010

Kasut tumit tinggi



Two pairs of high heels on the rack.
First pair is bright in colour.Eye-catching and fun.
Another pair is just plain dull.Old-fashioned.Ain't gaining any attention.
But,I chose the dull when every girl wanting the bright.
Because little voice said,dull is mystery.
Dull might looks boring outwardly,but who knows.
Inside may full of unexpected surprises.
The dull might suits this ugly dork.
But I was lost in thought.Both are painful.Both eventually hurt.
I just have to get used to the pain.

Friday, August 20, 2010

Random thought

I liked the one who better to talk to than to look at.

Thursday, August 19, 2010

Bas

Setiap kali naik bas zon 3 dengan Hanis perempuan gila banyak cakap tu mesti tak pernah betul.Tak pernah.Macam tadi tiba-tiba semua orang dalam bas turun sebab kena shift bas,perempuan gila banyak cakap tu dengan confident suruh stay dalam bas tu siap cakap,
"Takpe babe,kita jangan ikot orang.Kita stay.You relax je k".
Siap betul-betulkan aircon bus lagi.Sekali driver bus tanya, kenapa tak nak turun?

Aku dah agak dahhhhhhh.Selalu macamni.Selalu.

Sunday, August 15, 2010

We did it

Our first assignment for the subject Critical Appreciation on last Friday seems to be one of the most nerve-wrenching moments as we did the slides for the presentation on a very very last minute.Man,it was really a last minute preparation.Though I had only 2 hours of night's sleep before the day,but the hours of worries,lack of sleep and the tense were totally worth it as the presentation turned to be quite well.At least no bad comments from the lecturer.But then,despite the good responds we received,I know there are few things I should have explained better in more detail but yeah its okay.Boleh cover balik in the next assignment.
Okay so,in this assignment,we've been assigned to choose any 3 popular songs and we need to explain the meaning of those songs,find the circle of issues of the songs,figure out all the figurative languages and make a comparison between the 3 songs.Cool huhh?And I myself have to cover the song Colors by Amos Lee.

Yesterday I got lost in the circus
Felling like such a mess
Now I'm down I'm just hanging on the corner
I can't help but reminisce
When you're gone all the colors fade
When you're gone no New Year's Day parade
You're gone
Colors seem to fade

After done with the presentation,rasa macam jatuh beban yang seberat anak-gajah-baru-lepas-makan kat bahu ni.Terus berlagak camwhoring bagai dalam lecture hall.


Sekarang dah jatuh cinta dengan lagu Colors.Hehe.Hehe.

p/s:
Thanks HanisManis teman I malam tu.Terima kasih banyak-banyak perempuan gila kuat makan.

Wednesday, August 11, 2010

Ronggeng

Mentang-mentanglah cousin paling rapat paling cool paling menjadi kesayangan sama tempat belajar,kalau boleh hari-harilah nak keluar rongeng-ronggeng.Kejap kena teman pergi cuci kereta lah,bayar bil air lah,duit rumah lah.Tapi tapi tak pe sebab lepas tu mesti bawa pergi MAKAN.Mesti punya.Hehe.Hehe.
Semalam angah ajak teman pergi servis kereta lepas tu tak jadi sebab dah ramai orang, terus tukar pergi servis diri sendiri.Orang nak kahwin tak lama lagi kena la pergi servis.Buat body treatment,face treatment.Eh,nak kahwin jugak lah camni.
I tak tau nak buat apa sementara tunggu angah habis buat treatment,so pergilah menepek muka berejam-rejam(berjam-jam) kat kedai buku.Rasa nak bolot je semuaaaaaaaaaaa novel kat situ tapi tak berkemampuan sebab kalau bab-bab buku tetibe jadi kedekut.Dah usha satu novel ni macam best.Love Lies by Adele Sparks.Sempat baca sampai page 13 je.Sabar-sabar.Nanti pergi lagi baca lagi 30 page.



Seri bakal pengantin gitu.




Oklah,ini ada pengumuman sikit.Memandangkan saya bakal menjadi bridesmaid kepada perempuan cantik berhijab purple di atas,Saya telah diberi task yang diberi nama
"120 HARI MENCARI CINTA"
Tugasnya adaalah untuk mencari groomsmen@pengapit pengantin lelaki@pengelap peluh pengantin lelaki.I've been given 120 days to find him.Heleh.Nak kahwin tu kahwin je lah.Nak dramatik bagai cari-cari cinta.


Hmmmmmmmmmm.So,anyone? *angkat-angkat kening*

Thursday, August 5, 2010

Life-changing moment

Lama gila I tak update blog ni lama gila.Walaupun hari-hari melayari internet dengan laju sebab wireless sampai dekat bilik kolej,I still malas jugak.Walaupun begitu tidak mengapa,kerana sekarang dengan kuasa yang I ada,I nak ngomel-ngomel buat luahan perasaan kat sini.Pertama sekali I sukaaaaaaaa gila course I okay.Mengapa kenapa bagaimana?Sebab I macam tak percaya I dah tak payah nak buat-buat juling mata terpaksa hadap nombor-nombor yang berekor-ekor tu,I tak payah dah nak rasa bersalah sebab terpaksa main bedah-bedah bunuh-bunuh tikus comel masa experiment Biology.Sekarang I hanya perlu jadi lebih romantik.Lepas ni boleh buat poem dah.Woohooo.
I've joined teater club which we call it KELAB TEATER RIMBA and the club is like super duper cool.On my first 3rd week here,I dah dibawa pergi tengok teater free.Mek Mulung.Dengar pon dah macam uhhh blurghh segala lah kan,Tapi seriusly,dont judge book by its cover.Sumpah kelakar and banyak scene I kena tutup mata sebab ada banyak biru-biru.Hehe-hehe.
Then last weekend I pergi Port Dickson untuk kem penghayatan teater.Best sebab we had the chances to get know all the seniors and socializing with all the members as well.And I even had improved my cooking skills there.Nak goreng bihun kena rendam dulu dengan air biasa je okay.Or maybe air suam-suam sikit pon boleh.Potong sosej kena lemah lembut dengan hati yang ikhlas.Sekarang dah rasa macam pergi kem masak-masak dah sebenarnya.Sampai malam tu sebelum tidur pun boleh mengeluh haihh esok kena masak lagiiii.Siapa suruh jadi ajk makanan kan.
So overall,I can say that my days here had quickly settled into a busy packed pattern.Life has been really hectic yeah no more slobbing around but I love it when you have tonsss of works but managed to get it done on time.Thats the challenge I have to deal with.Lepas pesta konvo ni maybe dah free sikit.Sebab boria pon dah habis masa tu.Kalau tak malam-malam I meronggeng parctice boria.Ok kau gelak,kau gelak lah kan aku masuk boria.Boria sini cool do.Ada step Micheal Jackson lagi.Kau mampu?

(Harap harap takdelah pakai seluar rambu-rambu pink,baju kuning lip lap lip lap,tudung merah mengelip masa pertandingan boria nanti.Tolonglahhh.)


Wednesday, June 30, 2010

Sebab hiatus 1 minggu

Rasa macam nak mati.That was what I have to go through when the asthma attacked.I couldn't speak and I didn't sleep well as I couldn't breath laying down.Mula ingat batuk biasa lepas tu bila selesema ke selseme ke apatah menyerang terus nah ambik kau cungap-cungap nak bernafas.Tak berapa nak suka lah nak mengaku diri sendiri ada athsma *well they seemed minor to me* sebab nanti nampak macam tak gagah dah nak kena bawak tong gas eh inhaler tu kulur-kilir kulur-kilir.Tak dapat control macho.Dah hampir seminggu I depend on ubat batuk cap ibu dan anak je tapi last-last kalah jugak pergi jumpa doctor.
Masa tengah tunggu giliran,dah la lapar sangat sangat lepas tu ramai patient pulak.Haih.Budak lelaki depan I ni kejap keluar kejap masuk.Lepas tu tahu-tahu dah ada roti gardenia perisa cokolat dalam tangan dia.I Ketip-ketip bibir je tengok dia makan.TSKKK.
Sampai giliran,masa nak masuk bilik doctor,doctor tengah minum air sirap ais dalam plastik.Nampak I masuk terus kelam kabut sorok gantung kat tepi dinding macam I tak nampak.Eleh.

Doctor : Hmm.Awak sakit apa ni?
Saya : Ermm.sakit batuk sikit and selsema.
Doctor : Tak demam?
Saya : *Rasa dahi sendiri* Erm macam tak je.
Doctor : Eh,yeke tak demam?
Saya : Dalam hati ,eh terkejut pulak doctor ni aku tak demam.

*checking*


Doctor : Okay awak tak demam.Mari saya check your breathing pulak.
Saya : Erm okay *pusing belakang*
Doctor : Hmmm.Awak athsma ni.Nafas awak tu lain bunyi nye dah tu.Awak pakai inhaler tak?
Saya : Oh.Ermm saya tak biasala pakai bende lah tu.Sebab macam slight atshma je.
Doctor : Lahh.Awak kena pakai bende tu.Tahu tak macammana nak pakai?
Saya : Tahu *Angguk*
Doctor : Okay tunjuk pada saya sekarang.
Saya : Ermmm camni ha.. *Gulp gulp.Ish doctor suka lah nak jadi macam cikgu sekolah,ok tunjuk homework saya bagi semalam*
Doctor : Haihhh salah tu.Memang takkan elok lah kalau awak pakai camtu.Tak masuk gas tu dik oi
Saya : Eh yeke.Patut la saya pakai selama ni tak de rasa lega apa-apa pun.

Last last macam biasa kena masuk gas jugak or what you call it nebulyzer ke that thing apatah.Bunyi bende tu je dah macam bunyi mesin rumput dah.
Balik rumah,makan ubat,tidur lenaaaaaaaaaaaaaa yea tiada lagi kesukaran bernafas dan esoknye sedar-sedar dah tengahari.Hehe.Hehe.

Wednesday, June 16, 2010

Macam mana ni?

I hate my new template.I'm not a big fan of editing and stuff.Tak reti pon sebenarnya.So,hasilnya memang buruk la.It looks big and macam ada yang tak kena.Rasa tak sedap hati tengok.Nak baca pun tak tenteram dah.Tak kisah sangat pun cantik ke tak.Tak payah la nak ada bunga-bunga semua.kot.Yang penting tak huru hara nak baca.
Tu lah semua orang tukar,kau pun sibuk nak tukar padan muka tak cantik.

I gained 5 kg in a week.

Sumpah senang sumpah senang sumpah senang senang sumpah senang nak naikkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa seminggu.Fuhhh.Habis sumpah dah ni.
Rasanya memang semua pelajar bercuti mengalami masalah macamni kot.Padahal kau sorang bermasalah saja nak heret semua.
Konon tak nak makan nasi lahh apa semua.Baru tengok magazine sikit orang tu tak makan nasi 2 minggu terus macam,haippp baiklah start harini aku tak nak makan nasi.Tapi selalu tak jadi sebab ibu tersayang suka beli lauk tempe goreng cili untuk lunch.Mana boleh tolak tempe wehhh.Suka sangat dengan tempe sampai kalau nak pujuk,umpan saya dengan tempe goreng pun boleh.
Tetibe teringat masa matriks dulu lecturer I ni macam suka main-main dalam class.Lecturer maths I and dia seorang lelaki berstatus bujang.Uhh perlu kah mention?Hobi lecturer saya ni suka gossip gossip dengan kitorang pastu bila masa dah nak habis,suka marah kitorang sebab masa dia habis dok ngumpat artis je.Kalau ada mak datin dalam cerita dia,dengan gaya-gaya mak datin lecturer saya ni tiru.Ni apsal cerita pasal lecturer I je dah separuh perenggan ni?Hish hobi beliau takde kene pon dengan benda I nak cerita ni.Satu hari tu beliau memang suka buang masa,jadi beliau tanya setiap sorang apa makan kegemaran masing-masing.Sorang-sorang pun bangun bagitahu,semua beria bagitahu macam-macam cake secret recipe lah,pizza lah,nasi ayam la,spaghetti lah tetiba sampai kat i erm saya suka tempe.Ok bye.

Baiklah,berbalik kepada masalah I,I adalah jugak pergi jog malam-malam dengan kawan baik tapi tak konsisten.Baru jog sehari tetiba dah perasan kurus.Serius lepas jog dengan peluh-peluh lagi memang kau perasan kau dah bersenam sehabis maximum lah.Perasan perut kempis kejap doh.Macam kalau lepas tu balik rumah bedal nasi goreng sebumbung pun tak de hal lah.
Lepas tu tambah lagi kawan baik cakap dia teringin nak makan roti sardin terus kau pon ttibe teringin nak makan jugak.Tengah tido pon boleh terdengar tu sayup-sayup Atie cakap nak makan roti sardin.Terus bangun "Eh Atie tadi kau cakap nak makan roti sardin eh?"
Kalau setakat roti sardin kat kedai mamak tu takpelah ok lagi kot,tapi lepas tu kat rumah sambung lagi nasi goreng paprik.Konon nak jamah.Memang kau jamah sampai habis ah.Lepastu dah menyesal.Tskk.Terus aarghhhhh esok sumpah tak nak makan dahh.Tup tup esok nya,nahhh nasi lemak untuk breakfast dan malam,seafood untuk dinner.
Tengok tengok attitude macam ni lah yang buat semua plan tak jadi.Bagi kat Dr Rozmey pon boleh give up mamat tu nak kuruskan kau.
Esok sumpah aku nak puasa.Ish dah lain dah niat tu.
Tapi sumpah case ini bukan yang case macam perempuan kurus mengade-ngade nak kurus tu.Bukan.Ni memang serius punye case ok,bye.


Dah,lepas ni tengok menu je lepas tu buat-buat kenyang.Tskk.



Tuesday, June 1, 2010

Tutup mata,ingat semula.

Sampai sekarang pun bila ditanya hobi mesti terberhenti kejap.Mesti fikir lama-lama sebab nak letak hobi yang nampak cool.Kalau letak hobi mengumpul penutup botol, serius tak cool.Masa sekolah rendah dulu hobi I dekat sekolah tolong cikgu jual majalah Kuntum dari kelas ke kelas.Setiap bulan tak sabar tunggu bila cikgu nak mintak kitorang tolong jualkan.Padahal nak lari sebab tak siap karangan bm.Nak pergi jalan-jalan kelas lain sambil tu boleh pergi kelas budak hensem.Tak tau ah kenapa setiap entry mesti nak ada perkataan hensem.
I dengan kawan I sorang ni pernah tolong cikgu jual.Masa offer diri bukan main seronok lagi.Lepas tu bila nak pergi kelas ke kelas tu dua-dua mesti malu nak ketuk pintu kelas.Lepas tu nak kena jerit satu kelas tu, 'Siapa nak beli majalah Kuntum,satu seringgit lima posen?"Paling lah tak suka part bila takde siapa nak beli dengan part nak bagi duit baki.Mesti terkial-kial sebab budak-budak ni macam hampeh bayar aku semua guna duit syiling.

Bila waktu rehat pulak hobi I,main sep sep tiang.Kalau bukan masa rehat pon,sebelum start kelas,kalau datang awal selalu main sep sep tiang dulu.I ingat lagi nama budak ni Emy dia power main sep tiang.Main galah panjang pon dia power.Dia kalau main bendalah ni mesti sungguh-sungguh siap sinsing lengan lagi boleh gadoh main benda ni.Dulu teruja betul nak datang sekolah sebab nak main galah panjang dulu.Patot lah baru matapelajaran pertama,bau masing-masing hmmm tak payah cerita ah.

Kalau hobi untuk setiap tahun sepanjang sekolah rendah pulak,tulis biodata diri dekat buku biodata kawan.Masa tu budak perempuan semua mesti bersaing dalam diam tengok buku biodata siapa paling cantik paling comel.I ingat lagi kalau pasal tulis biodata ni,kawan I nama dia Safura Saila selalu ajar I camne nak tulis cantik cantik.Sebab setiap kali dia tulis biodata dia dekat buku kawan-kawan,mesti comel warna warni selalu I jealous kenapa aku punya macam haram selekeh siap pangkah pangkah sebab salah eja BAIODATA.

Bila dapat lagi tulis benda-benda macamni,rasa puas hati sebab selalu risau,takut terlupa memori sekolah dulu.


Wednesday, May 26, 2010

Awas lantai licin

Seronoknya tengok orang lain convo.Jealous sebab cousin convo,oleh itu kami semua harus-wajib keluar duit tabung beli bunga untuk beliau.Nasib begitu baik sebab dapat murah sebab masa mintak kurang,sempat main kenyit mata angkat-angkat kening dengan penjual bunga kacak.
I sampai Shah Alam lambat,memang lambat tapi nasib baik nasib baik bawak bunga,oleh itu cousin yang extra cantik haritu pun tak jadi lah nak marah-marah sangat.Kot.
Lepas tu pergi studio ambik gambar.Masa dalam studio masa orang tengah sibuk-sibuk,I boleh tergelincir-terjatuh-tergolek pulok tengah-tengah tu.Terus cover kenapa ada air kat lantai ni hah?Sumpah malu weh.Sumpah.Dah ah dah lama tak rasa malu macam ni.Rasa nak tunduk je muka selama-lamanya tak nak bangun.Nak peluk lantai tu selama-lamanya.Photographer pulak mulia hati asyik tanya ok tak ok tak.Memanglah aku tak ok.Kau tu dah lah hensem bodo,terus jatuh saham aku.
Bila dah rasa macam dah kurang sikit malu,terus angkat muka bangun lepas tu buat muka confident cakap"Shuffle.Shuffle."
Lepas tu tak pandang belakang dah terus bukak langkah besar-besar keluar studio.

Saturday, May 15, 2010

Perempuan cantik

Haritu masa I pergi buang duit dekat Cotton On,I nampak ada perempuan ni.Memang cantik.Bertudung.I tengok memang dia beria-ia betul pilih baju.Lepas tu masa I sibuk gaduh dengan adik kesayangan sebab adik kesayangan terpaksa control perasaan kakak yang dah rasa macam nak beli satu kedai,perempuan cantik tadi lalu depan I tergesa-gesa.Sebelum keluar kedai,perempuan cantik ni bagi baju-baju dia pilih tadi dekat salesgirl.
"Ouh Hello.Could you please keep these for me for a while.I have to fetch my friend.But,I'll be back.Please?"
Lepas tu I tak berapa nak dengar apa salesgirl tu cakap.Tapi lepas tu semua orang kat situ boleh nampak salesgirl ni tiba-tiba macam main galah panjang dengan perempuan cantik tadi,tak bagi perempuan cantik tadi keluar kedai.
"Eh.Wait.Wait.You tak boleh keluar dulu.You mahu pergi mana hah?"
I macam hairan, eh sejak bila pulak tak boleh keluar kedai kalau tak beli baju?Lepas tu semua orang dekat situ boleh tengok drama tarik tarik rambut kejap dekat luar kedai.Heh tak ah.Drama tuduh-menuduh,nafi-menafi berlanjutan sampai panggil manager ape tah semua.I takde lah tengok sangat hanya jeling-jeling sikit je sikit je tengok drama sambil tangan ehemm tetap tak lepas belek-belek baju.Boleh nampak dari jauh encik manager ambik beg perempuan cantik dan selongkar dan tadaaaaa.Hah kantoi.Ada beg lagi satu dalam beg perempuan cantik tadi.Memang beg lagi satu tu memang ada dijual di situ tapi bukan untuk dicuri.Bukan ye kawan-kawan.
Kenapa lah nak kena curi beg macam tu.Beg RM 15 buat pergi pasar pun nak curi.Tah apa tah.Kalau betul nak curi sangat pon,ambil lah yang berbaloi sikit.Ambil sweater RM200 Topshop ke.Baru lah berbaloi dengan risiko yang kau ambil untuk mencuri.Ini sebab beg RM 15, tak pasal-pasal terus free-free dapat bermalam di lokap.Muka cantik.Bertudung lagi.Terus jadi tak cantik dah.Harap muka selekeh comot ni je lah beli pakai duit sendiri.

Tuesday, May 11, 2010

Madness at work

Baiklah kan entry yang lepas yang pasal I yeye cari kerja tu kan,akhirnya I dapat jugak keje.I memang anak yang suka duduk bawah ketiak mak dia,oleh itu kerja pon dekat ketiak mak dia lah.I kerja dekat firm Ummi I ahh.Apa ah kau ni.
Kerja I dekat sini senang sahaja.Setakat menaip surat-surat rasmi,bukak facebook,youtube,berbelog,bukak facebook balik,apa laa yang susah sangat.Tadi baru buat satu surat,boss dah hulur RM 50.Duduk rumah buat lipat kain 2 basket pon tak dapat apa-apa.Sini bukak facebook dapat duit dah.Dah tak payah nak join group apa tah kat facebook tu yang log in dapat duit tu.
Masa client datang office,I pun pura-pura sibuk ah.Muka serius konon-konon sedang gigih menaip padahal gigih main like-like status kawan-kawan.Bila boss takde lagi ah I heaven.*Kaki atas meja*.




Baiklah,tak heaven sebenarnya.Sebab 10 minit lepas tu bibir tiba-tiba macam botox tak jadi.Biji mata sikit lagi nak terkeluar.Nasib sempat tadah.
Sebab sebab BOSAN sebenarnya weh.BOSAN.BOSAN tahu?





Baguslah laptop ni.Seakan mengerti mimik wajah sebenar yang sepatutnya ditunjukkkan dari mula tadi.Tak payah berpura-pura ceria di tempat kerja.



Boss dah datang.Serius balik.Serius balik.Wa nak sambung buat kerja.

Monday, May 10, 2010

Buka mata luas-luas peliss

I was tongue tied when my girlfriend told me,"Aku tak kuat macam kau".Like seriously I dont know how she sees me but being seen as strong makes me feel that maybe I handled those situations quite well.At least I tried to make it looks fine.
Sweetheart,I know the feeling of being neglected by someone you care isn't great.He treats you like a total crap and you're still madly in love with him.Cinta itu buta.Mungkin itu lah yang mereka uar-uarkan selama ni.Love is blind.Or maybe not.Cinta tak buta tapi diri sendiri yang sengaja butakan pandangan asalkan hati tak sakit.Sanggup buat-buat tak nampak asalkan jiwa tak merana.Terlalu senang beri maaf dan lupa.Kenapa masih perlu tunggu dan lihat bila dah tahu kesudahannya.Sebab terlalu mengharap.Terlalu mengharap the sad ending will turn to be a happy ending.Hakikatnya,mana ada happy ending.Tak ada ending pon sebenarnya.Happy ending hanya untuk mengindahkan jalan cerita.Biar nampak indah.Kalau dalam cerita,kita tengok the couples will finally get together sambil jalan-jalan tengok sunset.Itu ke happy ending.Mana tahu lepas tu tibe-tiba orang gila kain londeh-londeh datang meluru pergi tikam-tikam kekasih dia.Okay-okay.Kejam sangat.Mana tahu lepas tu diorang gaduh sebab baru tahu kekasih sebenarnya bukan lelaki tulen.Hoihh.Tolong ah bagi contoh senonoh sikit boleh tak.
To my girlfriend or to anyone who has been on the same situation,*eh bukan situation yang lelaki tulen tu lah*.Please don't let yourself keep being fooled.Sometimes the best way to learn something is by learn it hard way.I know its painful to face but don't let yourself down because of this one person who clearly don't deserves you.He does not respect you or appreciate things you've done for him.Masa dia susah kau tak lari pon.Kau stay,kau support dia.But then masa dia senang,he ignored you and act like he's not even your boyfriend.Apa itu?We know everybody deserves a second chance.Tapi kalau dah banyak sangat channnnnnnce memang banyak channntek lah muka kau.I'm not pushing you to end the relationship or to hate him.Bukan suruh tukar sayang jadi benci.Sooner or later,you'll realize it by yourself.Just as I did.Tengok bila dah sedar,terus status relationship dekat facebook dengan kawan baik sendiri.Tak perlu risau lagi tulen atau tidak.Hanya perlu gaduh siapa dulu yang dah tengok latest episode Gossip Girl.

Tuesday, May 4, 2010

Lagi satu entry emo

On my old cellphone,I used to record some of my conversations with this someone.I laughed pretty much every time I listened again and again to the conversations.And even for the 100th times,it still make me laughed anyway.
And just now,I found my old cellphone and of course those recordings..It was painful to listen but still it never fails to make me laugh.


Haih baru kena puji dengan kawan dah lama tak ada entry emo.Tengok,sekarang kan dah emo.Tak bagus ni.Tak bagus.
Tapi ini bukan emo yang pakai celak tebal-tebal lepas tu berduyun-duyun satu kampung pergi arked Terminal 1 atau Mahkota Parade tu,bukan ye.Bukan.

Monday, May 3, 2010

You've Been Punk'd Baby

Kalau part nak bang bang boom orang memang tak de muka lain lah nak suruh.Rasa rasa memang muka ni lah muka paling dipercayai untuk kelentong mangsa-mangsa yang pernah jadi mangsa I.Kalau nak buat jahat laju je sebab idea semua datang spontan.Kalau suruh buat karangan penulisan masa exam,macam haremmm lah kau nak spontan-spontan.
Untuk task kali ini,I ditugaskan untuk bawak mangsa,Zra ke tempat yang dirancang dimana semua konco-konco yang dikirimkan khas dari Kay Ell dah get ready dengan senjata masing-masing kat sana.
Huhh sepanjang dalam kereta sampai lah ke destinasi,berkerut-kerut muka I nak jawab macam-macam pertanyaan mangsa sebab mangsa kali ni banyak bunyi.


Perlu ke aku sekali jadi mangsa?



Apa-apa pun,tahniah kepada pelakon utama,pelakon-pelakon extra,jurusolek,tukang habiskan spaghetti sampai licin dan krew-krew yang terlibat.And Happy 20th birthday to Zra.No more teen years for youuu.Cepat cakap I've Been Punk'd cepat.Heee.Lepas ni birthday siapa lagi nak kena nii.