Sunday, February 28, 2010

Masquerade Nite Bebeh



Walaupun mula-mula plan,risau resah sebab takot macam jadi tak jadi tapi jadi jugak akhirnya.Walaupun dinner kitorang tak segempak Anugerah Juara Lagu ataupun Mtv Awards ataupun Pertandingan Suara Emas RTM tapi,Alhamdullillah.You all the best lah.Thanks to semua AJK B3 and semua geng-geng B3 yang penat leleh susun lilin sebanyak 200 batang tu,yang tungkus lumus susun meja-meja,yang hias meja ada itik berenang pon buat I sangat teruja tengok lalu I pilih jadi meja terbaik,yang tak tido malam lukis gambar perempuan rambut merah pakai mask ehek itu I lah tu,yang sampai tidur atas lantai gunting-gunting polistren.Terimalah kasih ni banyak-banyak.Bila tengok persembahan semua wing,jadi sangat teruja sebab tak sangka you all put a really big effort for the perfomances.Macam takdelah bace sajak ataupun buat satu barisan berdiri tegak miming lagu Ramlah Ram,apsal Ramlah Ram?Ataupon berlakon syok sendiri jadi perempuan gedix awww aww.Takde-takde semua tu.Takde.Tengok,I semangat asyik tepuk tangan atas-atas lagi lepas tu buat bunyiiii woooooooo nak tunjuk betapa terujanye I.Padahal duduk semeja dengan lecturer ni.Nak kena pelengkung kau memekak-mekak?Lepas tu bila turn wing sendiri buat perfomance haha.Dah ah tak jadi nak cerita.Sebab I macam tak hafal sangat step sebab konon macam banyak komitmen lain tak dapat nak practise betul-betul bersama wingmates lain.Bila dah macam tu lupa lah step.Lepas tu macam suka hati buat step sendiri.Bila part orang lain dah statik konon-konon jadi patung I macam sorang terkinja-kinja menari tak perasan semua dah jadi patung sebenarnya.Baiklah I macam dah tercerita sekarang.Sudah lah.Dah lah.Janji kita enjoy kan kan*nak sedap hati.
Dannnnn,semua orang sangat jojes okayy malam tu.Suka tengok masing-masing dresses up gilaaa mantap-mantap sehh.Semua ikut tema masquerade.Mask masing-masing pun gilaaa mantap siap ade bulu-bulu warna warni lagiii.Nasib baik takde yang pakai topeng ultraman atau power rangers atau keluangman.Kalau tak mesti dah ade dua queen of the nite.Satu lecturer pilih,lagi satu I akan pilih ultraman sebab ultraman geng dengan I.
Lepas tu bila semua dah habis pukul 12.00 am macam tu,semua dah balik tinggal I dengan ade lah berapa kerat tolong I kemas dewan sampai habis.Oh abang guard dan kakak guard pon tolong sekali ,tolong tengok lepas tu asyik warned2 I cepat sikit dik cepat sikit.Dan mungkin simpati tengok I dan yang berapa kerat tu yeye sapu sampah,kemas pinggan mangkok cawan dah macam makcik kantin dah ngupe,lalu abang-abang guard ni pon tolong lah sikit angkat meja mana yang mampu.Lepas tu ceyceyh nak main-main dengan I pulak ugut nak ambik kasut tumit tinggi I bawak balik sebab I dah berkaki ayam dah sambil kemas dewan.Apa-apa pun terima kasih banyak.
Hati sedikit terkilan sebab tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak sebab I duduk meja lain tak dapat duduk dengan gang sekelapa.Eh sekepala.Kalau tak mesti album dinner korang kat fb penuh dengan muka aku.Kalau tidak mesti memory hp Hajar Kopi Janda atau Baby Fie atau Hajar Bilik Depan dah full sebab tak mampu menampung gambar-gambar I yang syiokk sendiri tu.*tu nickname diorang yang I save dalam hp I.hehe.
Takpelah janji semuaa orang enjoyyyy.














Friday, February 26, 2010

Have you ever?


I was in the middle of dreamless sleep last night,and suddenly awoken by this uneasy feeling.The uneasiness feeling when something is missing.Something haven't done yet.Something is not right.Something bad will happen.I can't find the words to describe what exactly it is.

Or maybe I missed having someone there.
Maybe I missed everyone in my life.
Maybe I missed everyone who used to be in my life.

Or maybe this is just me.



Monday, February 22, 2010

Hari rambut teruk

Hoihhhhh.Apa ni.Apa ni.Baru hari Isnin dah jadi macam-macam.
  • Malam tadi kepala I terhantuk almari usang.Nahh,dapat benjol comel sebijik di dahi.Dah macam rupa shin shan kena debik ngan mak dia.

  • Lepas tu,tadi kan,tadi kan,kena denda ketuk ketampi 20 kali sebab datang lambat latihan kawad.Tapi main tipu.1,2,3,4 terus tibe-tiba dah 20.Buat muka tak tahu malu padahal rasa nak timbus muka dalam tanah sebab terlampau malu terpaksa ketuk ketampi depan jejaka-jejaka yang tengah bersenam di gym.Ada bermurah hati bagi I senyuman sinis pulak tu.Tskk.
  • Sekali lagi Fie sangat berhati mulia lagi suci tolong update kan lagi status kat fb tadi.Kali ni jadi I jadi flowerhorn yang kacak pulak.Dua hari lepas jadi keluang man dan seminggu before tu jadi ultraman.Terima kasih Fie.Baju aku rasa-rasa macam nak koyak-koyak dah ni.Seluar dah jadi makin kecik.Aku dah nak bertukar jadi hijau dah ni.Hoishhh.Baik kau takut sekarang.
Esok apa pulak yeah?Tak ada ke tiba-tiba ada orang baik hati bagi notes cinta kat I tulis,
"Bill broadband u dah langsai,I dah bayarkan untuk setahun punya bill terus
".

Saturday, February 20, 2010

The chorus caught my ear

Been there,done that,messed around,
I'm having fun don't put me down,
I'll never let you sweep me off my feet,
I won't let you in again, the messages I've tried to send,
My informations just not going in,
Burnin' bridges shore to shore,
I'll break away from something more,
I'm not turned off to love until it's cheap,
Been there, done that, messed around,
I'm having fun don't put me down,
I'll never let you sweep me off my feet,

This time baby I'll be bulletproof

This time baby I'll be bulletproof

I won't let you turn around,
And tell me now I'm much too proud,
To walk away from something when it's dead,
Do do do your dirty words come out to play when you are hurt?,
There's certain things that should be left unsaid,
Tick tick tick on the watch and life's too short for me to stop,
Oh baby, your time is running out,
I won't let you turn around,
And tell me now I'm much too proud,
All you do is fill me up with doubt.


I love love love this song.Bulletproof by La Roux.So electro babyy.Probably because of the lyrics itself && I will be bulletproof from what has happened.
Definitely will be.

Wednesday, February 17, 2010

You are so near yet so far away

Bila dapat lampu hijau untuk berpijak atas kaki sendiri,tak payah pijak atas kaki orang lain,walaupun mula-mula lampu tak berapa nak hijau,macam kuning-kuning sikit.Weh kau,boleh tak tak payah kias-kias berbunga bunga?Baiklah baiklah.Bila dapat lampu hijau untuk drive pergi Melaka dengan ditemani oleh perempuan yang pegang stering kereta pon tak pernah,hati menjadi teruja padahal hek eleh Melaka je kot kau ni kecoh $$^%$#*!.Hoish teruja siot nak drive lama-lama kat highway tu sebab selama ni nak reverse kereta keluar rumah pon mintak ibu bapa prihatin tolong reverse kan dulu sebab macam nervous nak reverse takot I hentam lagi kereta orang macam dulu tu.Dah dapat cenderahati satu lubang kat bahagian depan kereta yang besarnya boleh muat penumbuk I.Mesti cakap besar penumbuk I sebab kalau cakap besar penumbuk Fahren Ahmadd itu besar sangat tak muat.
Baiklah sebenarnya biasa je drive kat highway tu sebab jalan yang benar kan so macam kena alert bila nak potong memotong je ah.I macam seorang pemandu yang sopan santun oleh itu boleh nampak I kat line paling kiri sahaja.Paling kiri.Lepas tu dah berlagak sikit pergi line tengah.Baiklah rasa macam "Huh,lembab ah Perdana depan ni ",terus jadi taiko pergi line paling kanan.Lepas tu bila rasa macam banyak kereta dah potong-potong I,mula rasa rendah diri tunduk pergi line paling kiri balik.Tskk.
Sebenarnya pergi Melaka untuk jumpa membe-membe PLKN dulu disamping teman ade la orang tu nak jumpa orang tersayang.Yeye call Hasbi konon nak pergi makan kedai dia,lepas tu nak jumpa Alya nak ambik kasut I sekali ada kat dia, tapi tak sempat sebab tertengok cerita Valentine yang macam %^&$$# tu.Sumpah bosan nak mati tak tau ah sebab emo kurang kasih sayang ke apa atau sebab body Jessica Alba hot sangat.Lepas tu maki-maki cerita tu apsal romantik sangat terus keluar tak nak tengok lagi ah.
Then our so called Mr tourist guide bawak jalan jalan guna kaki tak guna kereta jalan-jalan around the town.Terima kasih Ismahaniff.Turun satu kilo.Walaupun masa mula-mula approached him cakap ape tah terpaksa keluar kata kesat dalam hati sebab memang macam hoishhhh tah ape-ape tah.Copek haaa,lompang muko den sekarang gak.It feels a little bit awkward when you suddenly met someone you used to close with but you have to react like nothing ever happened between you and that someone,because you dont want to ruin or spoil the moment,takkan nak ungkit-ungkit cerita lama.Tapi tapi redha je lah.
Sudahlah sudahlah.Apa-apa pun Peyjal dengan Areen lah paling happy sebab macam dah lama kot pasangan kekasih cinta jarak berela-ela ni tak jumpa, bila dah jumpa terus I kena tinggal.Emo lagi.


Muka gay ni lah yang gay-gay kat luar tergila-gila sangat tu.

Geli tak?Geli tak?Geli kan?I dah suruh dah dia pose gagah sikit tapi patah jugak nyehhh.





Kenapa kalau ambik gambar sendiri mesti muka stok nak kerut-kerut lepas tu kenapa gambar I mesti banyak gambar tengah makan.Tak senonoh pulak tu kobis dalam burger pon boleh terkeluar.Choyyy.
So yeahhhh I had fun with you guys,esok-esok jumpa lagi.

Tuesday, February 16, 2010

And again

I hate to feel this AGAIN but I can feel,I can see that you've already found a new one.
Tahniah kepada hati baru lagi sekali.

Friday, February 12, 2010

Kehilangan

I was about to get off to sleep last nite after done with the tutorials but suddenly this image of friend of mine came across my mind and I wondered how he is doing.Our last conversation was not the usual conversation we had before as I reacted differently with him and I've said things that I'm sure he'll take a long time to forgive or not at all.Kawan, saya minta maaf banyak-banyak.
But that is not what I'm going to tell here.I decided to check his blog last nite to check out any latest updates.Okay no updates.But then,I click a link to his best friend's blog who is a friend of mine too and I bursted into tears as I started to read his posts about his late mother.Having a loss of someone who has be a constant in your life must be the most horrible thing anyone ever gone through.And having a sudden loss of your own mother must be the hardest.I don't know if I am strong enough if I were at his place or maybe I would just wanted to open my eyes,hoping to find it was just a really bad dream.

Bila baca post dia,rasa malu dengan diri sendiri sebab selama ni terlampau sedih dengan 'kehilangan' yang tak seberapa itu.Rasa kecil sangat,nipis sangat,rendah sangat,jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan kehilangan seorang ibu.Astarghfirullah.
Semoga arwah ibu Fahmi ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan solehah.Al-Fatihah.

Letih

Im not in the mood to post a full description on whats happening today.
Tapi tadi banyak sangat bende tak best jadi.
Bila benda yang tak patut tahu,sudah diketahui.Bila dah tahu,sakit hati.Marah dengan diri sendiri sebab benda yang patut sudah boleh lepas,tak dilepaskan lagi.
Juga bila benda yang dirancang tapi orang tak hargai.

Wednesday, February 10, 2010

Sekarang ni status kat ym pon asyik letak busy.

So yeah I found myself being so tired lately.BLOODY tired.Right now,there are so many things to do.With all the activities planned and at the same time have so much to catch up with the studies.Study haihhhh study.Dah boleh buat alasan lah Raya Cina ni nak pergi manja-manja diri lah kat spa.But I'm glad at least there are activities I can joined with rather than living a dull repetitive life.Buat benda sama setiap hari.Makan nasi lauk tempe hari-hari dah cukup bosan dah.
Sekarang tengah berlatih sungguh-sungguh untuk pertandingan kawad kaki that willl be held in 2 weeks from now.Sangat takut dengan komanden sekarang.Hoishh.Tadi tergelak lebih sikit dah kena sounddd.Takut-takut tapi lepas tu buat muka takde perasaan teruskan gelak jugak sambil berkawad.Apa nak jadi ni.Lepas tu choral speaking yang macam tah apa-apa tu lagi.Lepas tu biology fair lagi.And the block's partayyyy.Its quite tiring when you have to plan the event,the main ideas but it is pretty fun actually when you have the chance to get involved.Lets take it in more relaxing way.No stress.Hopefullly.Haih lepas tu ingat bila dah banyak bende nak kena pikir ni,bende remeh temeh boleh lupa sekali.But sometimes,without being asked,expected and invited,the thought of this someone swiftly came acrross my mind.Dah lah dah lah.For time being ,I think relationship are messy.People's feeling get hurt.Sekarang ni,I want to be on my own.I want more of being myself.Explore new cool things.Eh kau,goreng guitar pon tak katam lagi.Dah lah,I shouldn't think much about this puzzling things.
Kalau dulu,I want to be your other half konon.Cehh.I should be whole first,before become someones other half.Kannnnn.

Saturday, February 6, 2010

Mari kuruskan peha mari

Mungkin kerana Fie dah malas nak dengar atau muak atau rasa nak sepak muka I sebab asyik cite pasal penyakit depression I tu,jadi dia telah mengambil jalan mudah dan singkat untuk menceriakan balik suasana dengan ajak I pergi berbasikal.Tu lah kau.Aku dah elok duduk sorang-sorang depan library tadi sambil kononnya berniat nak bace dengan sungguh-sungguh chapter male reproductive organ dah tak jadi sebab tiba-tiba kau muncul dari mana tah lepas tu ajak aku tambah lemak pergi beli aiskrim Conneto.Lemak semakin bertambah dan dua lapis dagu jadi tiga sebab nafsu makan melonjak-lonjak bila nampak keropok pe tah bagai tapi bila dah makan tak sodap pon.Nafsu haiih nafsu.
Baguslah orang lain pergi surau sebab tadi ada demo pengurusan jenazah tapi kite lalu je depan surau siap rempit rempit lagi dengan basikal yang I sengaja pilih kaler hijau ala-ala hijau pisang gitu sebab konon nak matching dengan baju.Lepas tu masa turun bukit rasa macam power konon-konon nak lepas tangan sambil buat aksi bebas tapi tak berhasil sebab kurang practice.Cakap jelah kau tak pandai buat.Ye ah ye ah.Tapi I sungguh-sungguh nak jugak lepas tangan sambil kayuh basikal lepas tu bila dah dapat buat sikit,eksyen tunjuk kat Fie.

Fie tengok ni cepat.Tengok ni.Aku dapat lepas tangan!



Baiklah rupa-rupanya Fie lagi hebat buat aksi lepas tangan siap pernah kayuh almost satu padang lepas tangan lagi.Baiklah.Tskk.
Bila rasa-rasa macam dah buat 1479 kayuhan tanpa henti,kitorang berhenti tepi jalan kejap kacau jejaka-jejaka berjogging.Heh tak ah.






Berjoget Pahang sebentar bersama kit kat.




Walaupon I tak terer main kayuh basikal sambil lepas lepas tangan ape jadah tu,tapi tang lompat lompat ni I memang terer.Boleh eksyen dengan Fie sebab kaki die comel hahah tak boleh lompat tinggi-tinggi.




Masa tengah kusyuk camwhoring bagai,tiba-tiba disergah oleh abang basikal eh pakcik basikal tapi die tak berbasikal masa tu dia naik motor ah.Panggil die pakcik basikal sebab dia jaga basikal-basikal kat store tu.Terkejut mak kena sergah sebab dah lewat kena pergi pulang basikal.Rajin bukan pakcik basikal tu sanggup cari kitorang sampai ke padang suruh pergi pulang basikal.
Lepas tu bila rasa macam peha dah kurus pergi bantai nasi lemak ayam goreng yang godang tu untuk dinner.
Tsk sia sia je ketiak basah-basah buat 1479 kayuhan tu.