Wednesday, May 26, 2010

Awas lantai licin

Seronoknya tengok orang lain convo.Jealous sebab cousin convo,oleh itu kami semua harus-wajib keluar duit tabung beli bunga untuk beliau.Nasib begitu baik sebab dapat murah sebab masa mintak kurang,sempat main kenyit mata angkat-angkat kening dengan penjual bunga kacak.
I sampai Shah Alam lambat,memang lambat tapi nasib baik nasib baik bawak bunga,oleh itu cousin yang extra cantik haritu pun tak jadi lah nak marah-marah sangat.Kot.
Lepas tu pergi studio ambik gambar.Masa dalam studio masa orang tengah sibuk-sibuk,I boleh tergelincir-terjatuh-tergolek pulok tengah-tengah tu.Terus cover kenapa ada air kat lantai ni hah?Sumpah malu weh.Sumpah.Dah ah dah lama tak rasa malu macam ni.Rasa nak tunduk je muka selama-lamanya tak nak bangun.Nak peluk lantai tu selama-lamanya.Photographer pulak mulia hati asyik tanya ok tak ok tak.Memanglah aku tak ok.Kau tu dah lah hensem bodo,terus jatuh saham aku.
Bila dah rasa macam dah kurang sikit malu,terus angkat muka bangun lepas tu buat muka confident cakap"Shuffle.Shuffle."
Lepas tu tak pandang belakang dah terus bukak langkah besar-besar keluar studio.

7 comments:

  1. myra.... kau pakai kasut mane ni?

    ReplyDelete
  2. entry ni penyeri hidup i setelah semggu i tak online! hehe :P

    ReplyDelete
  3. kopi janda,aku pakai kasut roda.power an.

    ReplyDelete
  4. farisha,haha.lagi berseri2 bila u yg baca.haha.
    selamat pulang babe.

    ReplyDelete
  5. ape la nk jadi ngn kwn den sorg nih..

    ReplyDelete
  6. asal bce entry awk cara awak menulis blog sama spt izdiyani, famous blogger. influence eh?

    ReplyDelete
  7. saya tak rase camtu pon

    ReplyDelete