Sunday, December 27, 2009

Breakfast at Tiffany's eh eh Paktam's

Rasa macam baru menang game show jangan lupa lirik bila dapat jumpa sayang-sayang I tadi.Aznil saya yakin jawapan saya macam betul saya kunci lirik ituu.Ah kau takde kena mengena.Rasa macam hilang kusut musut kat kepala,hilang kelumumur tak payah dah guna head and shoulder bila dapat peluk sayang-sayang I tadi.Jerawat-jerawat yang selama ini hidup segan mati tak mahu pun pun hilang sekelip mata bila dapat ok dah dah ini tipu.Rasa puas bila cerita-cerita hot yang dah jadi jeruk finally dapat dibentangkan dan dihebahkan kat kauorang sambil makan roti bakar ada telur goyang atas dia.Ok half cooked sebenarnya.Rasa bangga sebab tadi berjaya park kereta dengan betul tanpa senget dalam masa 2 minute yeah 2 minute tanpa rasa menggelabah ye ah sikit je ah sikit je.Rasa bongkak bila dapat reverse kereta tanpa perlu tunggu kereta sebelah keluar dulu sebab selama ini sanggup tunggu mana mana kereta sebelah keluar dulu baru kau reverse.Ok sekarang semua orang dah tahu rahsia kau.RQCXFCXED#@#&R.

Tapi tapi tadi jumpa kauorang kejap sangat.Tak puas.Lepas ni kita pergi manjakan diri sama-sama ok babes.To Atie and Norja, aku dah rindu korang dah ni.Putri jauh sangat hari-hari aku rindu.

Sunday, December 20, 2009

Happy birthday buddy!

He is one of my best guy friend and as last Friday was his 19th birthday,we went out for dinner yesterday and I chose to have a lovely steamboat which is my hot favourite at Johny's.Ok ni siapa punya birthday sebenarnya ni.We spent longer hours to finish up the food and one of the best thing at Johny's is the sauce.We simply love it and this reminds me of Putri as she loves it too.Haritu kau balik tak sempat makan kan Ci?
Burp.Ok dah kenyang ,then we headed to the cinemas to check out the latest movie.Too bad the tickets for AVATAR is quickly sold out but but luckily there was a man suddenly approached us claiming that he had bought 2 extra tickets for the movie and asking us if we would like to buy those tickets from him.Ok muka Nadzim yang kecewa sebab ticket habis tadi dah bersinar-sinar lepas dengar offer pakcik tu.Cehhh aku baru berangan nak pergi cari kasut baru.The movie was ok but it tooks almost 3 hours and kitorang yang mula-mula semangat nak tengok tadi dah jadi kurang bersemangat sebab lama sangat.Asyik lawan-lawan pastu kalah je buat apa.Biasalah cerita tu hero kalah dulu then at the end menang lah jugak macam cerita Ultraman tu.Mula-mula kalah pastu bunyi-bunyi la lampu merah kat dada dia.Pastu Ultraman dapat semangat balik,sepak-sepak raksasa tu,baling-baling raksasa tu lepastu tu Ultraman pun menang.Ceh cakap lah kau layan Ultraman kecik-kecik dulu.Memang-memang power rangers pon sekali and selalu gadoh dengan adik aku berebut power rangers kaler pink sebab yang kuning tak lawa.Ok habis cite power rangers.Anyway,movie tadi AVATAR dia sexayyyy siot.Budak kecik tutop mata sekarang.
Then before 12,he drove me back home walaupun ada jauh di sudut hati beliau,beliau bercita-cita tinggi nak drop aku kat bus stop suruh aku balik naik bas.Kurang asam kau.


Kenapa muka aku takde.Kenapa?Hanya ada muka periuk dengan muka mamat mana tah.Anyway,happy birthday friend may Allah bless you always and jaga girlfriend kau elok-elok kalau tak aku sepak kang.

Friday, December 18, 2009

Dah boleh buang calendar lama

Today is 1st Muharram which is referred to a beginning of a new year in the Islamic calendar and last year certainly left its mark with those sweet and excruciating memories.
Looking back though,it has been so much unpleasant things I had been through. And in the last 8 months,there had been a lot to accept and almost everyday my day would start with mess as I woke up with a horrendous migraine headache probably too much of tears and thinking.Too many of bittersweet memories over the past few months but it seems like I remembered the bitter part mostly.Those memories used to be my best friend for all this time whenever I miss you.I’ve kept all the memories locked in my head,struggling to remember every single things we did,every single words you've said including your very last words that utterly wrenched at my heart and I flushed the key of my memory down the toilet so that no one can find the key unless kau pergi indahwater digging for the key kalau kau nak sangat lah aku lupakan dia.I don’t want those memories to fade since I’ve lost all the photos of us and things that remind me of you.Tinggal botol air mineral kosong wtf kau simpan benda tu.Boleh pergi buang sekarang.And there were times where you thought you've completely moved on and all you want to be is to be his very best mate but sometimes,you knowww surreptitiously you just want things back the way they were before.Dealing with this aren’t easy huh?Kejap rasa macam dah move on kejap rasa macam enjin je dah lama start tapi minyak tak tekan lagi.Macam mana nak gerak.Tapi sekarang rasa macam dah gerak sikit-sikit dan tahun ini dah boleh tukar gear 5.Dah boleh pergi join rempit tiap2 malam sabtu.Yeahh hoo.Itu semua dulu.Semua dulu-dulu.Dealing with the studies is more complicated anyway.Lagi fening-fening.Haih yang ini tak tahu nak cakap macammana.Ini lagi masalah besar sebenarnya.I can feel like my brain is slowly degrading.Hilang boyfriend boleh bla lagi.Ok ok tak boleh bla sebenarnya.

Tahun lepas jugak finally I have my very own acoustic guitar I always wanted since after the spm.Tapi kan tak power main lagi lah haih macam mana ni.
Masuk part solat untuk tahun lepas pulak memang tak payah cerita lah.Rasa dah menggunung dosa untuk tahun lepas je. Dan malam tadi kat surau terbaca artikel dosa yang lagi besar dari zina ialah dosa tinggal solat lepastu tak rasa menyesal lansung sebab tinggalkan solat tu.*huish telan airliur sekarang.
Tahun lepas rasa macam tahun air mata.Haha.Ok dah tahun ni nak jadi tahun gelak ketawa.Air mata semua boleh simpan untuk potong bawang.
This year I want to be a better daughter to umi and abah and a better sister to my only sister and brother.I don’t think I’ve done anything that can make them proud of. I know they are proud of me, always be my side no matter what but I just don’t think I earned it. I’m not good enough to deserve such attention and it makes me feel guilty of not being what they really want me to be.
I will no longer waste my time rekindling the past,instead I will spend it worrying about the future.Oh ok ini baru betul.

Monday, December 14, 2009

Bunga-bunga

Eh kite rasa kite macam SUKA lah kat awak.Macam mana ni.Macam mana ni?

Sunday, December 13, 2009

Cuba tukar balik

Rasa macam dah banyak sangat dipengaruhi oleh tv dan iklan-iklan dan brand-brand yang famous amous ni.Memang sejak belum pandai buang air kat toilet dah diajar begitu so memang susah nak buang sebab dah sebati macam teh panas dengan biskut hup seng.Huhh sekarang dah lapar.Okay,contohnya perkataan megi instead of mi segera. Masa-masa kecik dulu mak memang dah cakap,
'Harini mak malas masak kita makan megi je"
Macam pelik lah pulak kalau tukar
,
"Harini mak malas masak nasi kita makan instant noodles je"

And kalau pergi kedai mamak pun dey all cakap,

Maggi goreng satu !!...tak mau cili,tak mau sayur,megi pon tak mau.

Walaupun dah terang-terang lagi bersuluh mamak tu guna mi segera mamee muka Mawi lagii.Dan dan Milo instead of minuman malt chocolate.
Macam genius kalau dengar budak kecik mintak,
"Mak nak minuman malt berchoclate mak ,minuman malt berchocolate.
Kalau
,
"Mak nak milo mak,nak milo.

Okay ini baru macam normal.
And Pampers instead of drypers And Colgate instead of ubat gigi.Tapi yang ni i tak join i sebab i pakai kayu sugi. Okay habis dah.
Eh...semalam I TERPAKSA pergi perhimpunan belia sedunia at MITC.Okay lah kot.Dapat tshirt free.Tu je.Okay dapat roti.Air pon.Okay lah buah sekali.Okay fine dapat lunch free sekali.Tu je.Kalau perhimpunan jejaka-jejaka hot sedunia,lepas subuh lagi I dah berhimpun sorang-sorang.Eii.gatal-gatal.



And in this photo is Myra si mata bengkak and si cantik Lily.

Friday, December 11, 2009

Kena hadap jugak benda-benda ni

Hari hari terasa semakin berat.Semakin banyak formula kena hafal.Semakin banyak masa habis untuk siap satu soalan trigo.
Semakin kurang waktu bergosip.Eh kau nak tak tahu tak,mamat tu tak makan tempe rupanya.Oh yeke weh jap jap lagi sambung weh aku busy copy report chemistry ni.
Semakin jakun tengok iklan di tv.Iklan potong-potong dah so yesterday kau baru eh eh iklan tu lah sambil semangat nyanyi potong potong.
Semakin kurang tido lepas lunch.
Semakin jelas lingkaran hitam hodoh kat bawah mata.
Semakin cepat emo nescafe 3 in 1 cepat habis.Semakin hilang mood belajar guitar.
Semakin membuak-buak rasa nak hentak-hentak gitar tu.
Semakin kurang curik-curik makan biskut dalam kelas.
Semakin banyak jerawat hodoh.
Semakin selekeh pergi kelas.
Semakin jatuh saham.
Semakin lambat dapat boyfriend.
Semakin kurang kasih sayang.
Semakin lambat bina masjid.Weh dah lah tu dah la tu.

Sunday, December 6, 2009

Say YES to Year End Sale

Ok so last few days were my emotional day sebab kena tinggal tak dapat ikut shopping,tapak kasut almost tercabut,specs senget,muka tak cantik,but yesterday I was fully recovered as I went out with Hajar to buy a new contact lens and to repair my senget specs as well.Lepas ni muka akan jadi normal sikit sebab dah boleh buang specs.Oh dimana location kita?Dimana?Masjid tanah lah, the coolest town ever as we have the coolest kedai RM2 here.Okay sini takde Mcd.Sini takde Topshop.Zara pun takde.Takde MNG.Pun takde Kenny Rogers.Ada banyak stall jual goreng pisang je.And a restaurant named "restoren omak den".Ok lah ok lah tak cool dah ah.
So I did buy a new contact lens and Hajar planned to buy it as well.Tapi sebab rabun Hajar tinggi sangat,lepas tu aunty tu goda-goda dia suruh buat specs baru je sebab specs lama dia tak elok dah.Aunty tu cakap power specs lama dia tinggi sangat dats why dia selalu mengantuk.Cey-cey pasni ko guna memang akan guna alasan tu lah kan kalau kau tido dalam class kan.So dia pon tergoda dan terus buat specs baru.Memang lemah iman kau ni.Terbang lagi duit kau.Bye-bye.

I did managed to get a present for our lecturer too as she'll move out in january.And we also bought balloons and stuff for the farewell party.We had kfc for dinner,eh kfc adalah,kfc ada,took a final gulp of coke and plodded our way back to college.So,I had lovely time spending money eh time with her as what we did yesterday was mostly cackling like mad.Tu lah kau sape suruh kawan dengan aku.



Muka bahagia dapat glasses baru.Ceh padahal dalam ati, terbang duit aku.




Nanti umur dah 50 tahun,dah tak dapat buat macam ni dah.

Oklah bye.

Saturday, December 5, 2009

Inexplicable emotions

Rasa macam dah jadi budak nerd sebab minggu ni pakai specs pergi class hari-hari.Dah la specs senget sebelah sebab haritu terduduk atas dia.Fine,dah macam nobita dah rupa untuk minggu ini..Contact lens dah expired tak boleh guna dah.Memang terpaksa pakai jugak specs nobita ni dan cakap dengan confident specs senget sebelah ni trend sekarang.Eh kau tak tahu ke.Pergi lah baca Cleo.Minggu ni asyik pakai tudung hitam yang sama hari-hari sebab rasa muka yang tak cantik ni dengan specs senget ni akan jadi tetap tak cantik kalau pakai tudung mahal warna warni sekalipun.Minggu ni muka yang sebelum ini nampak licin dan cerah yang tidak hakiki terpaksa dibiarkan kelam kusam sebab compact powder silkygirl dah nak habis.Kena berjimat untuk pakai masa dating.Minggu ni kasut yang pakai hari-hari pergi kelas dah tak boleh pakai lagi sebab tapak dia anytime boleh cicir.Kalau nak pakai jugak kena amik risiko yang tapak kasut tu boleh cicir anytime dan memang saham akan jatuh dengan drastic bila part nak kutip balik tapak yang tercicir tu.Tak rela.Tak rela.Terpaksa selongkar balik kasut lama yang dah jadi rumah spider tu.Minngu ni minggu emo sebab ingat nak balik rumah dan bershopping tapi bila call family bagitau nak balik,dey all semua dah dekat Kl tengah bershopping.Cita-cita nak balik dan memebeli belah untuk minggu ni dah bersepai macam menara lego yang kau dah penat buat tinggi-tinggi tiba-tiba kena sepak pastu hancur berkecai.Macam tu lah rasa.Terus pergi buat megi tomyam yang ada muka Mawi tu makan sorang-sorang.




Memang sadis cerita kau minggu ni.

Friday, November 27, 2009

Bila vampire terjah wayang siapa kalau bukan wayang kita

So... everyone seems to talk about the so called sexayy vampire and some might already obsessed with it.And for sure the Twi-hards will be hitting the cinemas with bated breath to check out the 'New Moon' as they've been waiting anxiously for the sequence including my parents.Oh yes they are currently part of the Twilight fans.I hardly cant believe they had watched Twilight before me.Abah seems to like the movie so much and he even ask if any of us would like to watch the sequence.

Jom tengok new moon?

And I was like..

What??Abah tahu ke cite twilght tu???
Eh,tahu lah.Abah ngan Umi dah tengok dah.

Weyy.Am I the only one on the earth who haven't watch the film??I felt like so "ketinggalan" as I dont even watch the film or any of their books.To make it look worst,before this I thought Twilight is some kind of tv series.*Sila gelak lelaju atau pun senyum mengejek pada saya.

Takpe.Takpe.Walaupun I still tak dapat menerima kekacakan,ke'cute'an,ke'georgous'an Robert Pattinson (errr.am i allowed to say this??),I will update myself with this so called phenomena by starting to read their novels and meng-download Twilight malam ni.Ish cam siput lak tenet ni.Tak jadi ah.But they said,the novels are way better than the movies and of course lah memang selalu macam tu pun sebab when it comes to novels,they describing the story-line more detailed.The emotions,the feelings and we feel just connected with it.Kita tahu hero dalam novel tu handsome macho gagah perkasa walaupun kita tak tahu muka sebenar dia camne ,until they come out with the film.Baru lah tahu,oh camni muka Edward Cullen,.aku bayangkan cam Hans Isaac.

So,maybe Im going to like this Twilight thingy after I read the books or checkout the film though I dont really like the idea of vampire and stuff.Eishh.Tak berapa suka kot cite ada jembalang-jembalang ni.Tapi sebab orang cakap it is more to vampire-romance,so I pon ok lah.Asal ada word romance-romance tu,I on je.Tak de lah teruk sangat kot.Tapi I lagi suka human love story lah for sure.Tak suka lah vampire minum2 darah ni.Kalau orang tu ade HIV ke,memang hye-hye bye-bye lah kau Edward.



Memang.memang I tak berkenan dengan rambut you ni.





So for Twi-hards out there,happy watching Bulan Baru.




Tuesday, November 24, 2009

Eh,hati i terguris lah u cakap macamtu

I had this little chat with a friend of mine telling her I freaking cant wait to go on a shooping spree.But the high excitement turns out to be another annoying conversation when we argue over a little thing and it makes me scream the loudest!!Ok lah.Takde lah kuat sangat.Dia yang start dulu tau.

'Alahhhhh Myra,you nak shopping pun buat apa.You pakai tudung semua.Tutup semua sana sini.Asyik-asyik pakai long sleeves je.Keluar pun pakai baju kurung.No fashion sense at all.Shopping pon bazir je beli benda sama."

And I pun terus hadiah flying kick dan tumbukan padu kat muka dia.Tak cukup lagi I ambil blender,pergi blend cili api kejap pastu sumbat-sumbat kat mulut dia.Cey cey.Tak ah.Tak ah.We had a little arguement lah but it ended quickly sebab dia dah kalah.Eleh takut i dah terasa hati eyh.Tapi,weyh you ni duduk zaman bila weyh.Ingat takde lagi dah orang yang berfikiran agak sempit sebegitu.Sayang you kaya dengan ilmu tapi miskin dengan budi bahasa budaya kita.Sekarang pergi nyanyi lagu siti tu.I tau lah kita sembahyang lain lain tempat.Tapi bila i raya,you pun cuti sama.Macam tak perlu kot cakap macamtu.Kalau orang lain dah lama kena sembur habis-habis you ni.Ada ke you cakap i have no fashion sense?Yang you pergi kelas tadi pakai baju jalur-jalur ngan seluar jalur-jalur tu apa pulak tu?Tak rasa kelakar ke?You tak tahu ke u dah buat fashion crime no 87?Pergi bukak E channel sekarang.
Eishhh.Nasib baik ada aiskrim mat kool buat I jadi cool.Tapi dah memang selalu macam ni kot.Our disagrement about those petty things ni dah common sangat.Macam dia selalu cakap i dah bulat macam donut walaupun sebenarnya TAK okay.Bulat ke?Tak kan?Tak kan?
Dah dah salam lah balik.

Sunday, November 22, 2009

Bila sorang-sorang

Angin-angin kebosanan melanda sekarang ni.Ingat semalam nak update tapi takde masa.Cehh ceh.Bukan sebab dah tido mati dari kul 6 petang sampai 12 pagi ke?Rakan sebilik sume ingat I dah syahid sebab sebab kejut-kejut I tapi takde kesan lansung seperti membuat aksi kuak lentang atau gaya bebas ataupun gaya cicakman melekapkan kaki-kaki kat dinding.Takde-takde.Sume aksi tu tidak dipaparkan ye malam tadi.Penat sangat kononnya padahal kau pergi Johor bukan kau yang drive bus gedabak tu.

Ha..Semalam I pergi sana ada lawatan pergi ke Matriks Johor untuk semua ketua blok.Memang cam haram la weh bosannyaa.Part klimaks time makan free je lah.Tengok,betapa bosannya trip tu.Asal la diorang tak buat aktiviti macam baling selipar antara ketua-ketua blok.Lepastu siapa kalah kena simbah air berbaldi-baldi ramai-ramai.Kan lagi seronok macam tu.Kata nak erat silaturrahim.Tapi,sudah tentu lah aku nak jadi yang kalah.Pastu bila diorang baling-baling air,jerit-jerit..


"Aaaa..Jangan lah.janganlah wehh.kih3"


Padahal dalam hati ,

"Simbah lah lagi weh.simbah laa".

Lepastu balik college semalam I bantai tido.Terjaga pukul 12 pagi camtu sebab Fath datang bilik mintak movie apa tah.Lepas tu ambik kau tak boleh tido sampai kul 7 pagi.Dan harini I bangun balik kul 9 pagi.Well,2 jam je kot tido.Power tak?power tak?Oh lepas tu kan kan I terus pergi mandi weh.Like hello?Mandi pagi on Sunday morning?Jarang sekali kot.Kalau member2 dah komplen2 terbau bau ketiak masam,baru le kau terhegeh2 pergi mandi tengahari.Ceyy.Tak senonoh lah kau ni.


Nak bagitau jugak ni,disebabkan kebosanan yang melampau tambahan pula roommate-roommate telah hilangkan diri secara tiba2,padahal report experiment haram jadah kau tak buat lagi,I telah pakai kain batik pergi tepi sungai ada batu-batu,pastu basuh baju kat situ sambil nyanyi-nyanyi lagu ikan kekek.Hehhh tak ah.I telah pergi bilik air je,basuh baju sambil nyanyi lagu pontianak Misha Omar.Takde sungai-sungai pon.Nak bagitau I telah basuh baju satu baldi penuh ye,satu baldi penuh guna tangan weh.GUNA TANGAN.Kalau tak ,memang I lah pengguna setia washing machine kat aras 2 tu.Balik-balik muka I je lah terhegeh-hegeh masuk syiling2 RM2.50 kat machine tu.Sanggup beli gula-gula 10 sen pastu dapat balance 90 sen nak buat duit basuh baju.Pastu machine tu plak cam annoying tak nak telan duit yang I sumbat,sampai I kena panggil siapa-siapa yang lalu lalang kat situ tolong masukkan duit.Padan muka.Sape suruh lalu situ.

Dah la dah la cukup lah.Pergi buat report bio sekarang.Eh tak.Pergi copy report bio budak bilik depan sekarang.


Friday, November 20, 2009

Hopeless Expectation

So much thing running in my head I don’t where to start though.I don’t like this feeling because its tiring.Im tired.PENAT tahu?I did my utmost to evade this issue but I cant help my self to show how this disappointing I am to be.Perasaan berubah-ubah.Berubah mengikut masa dan keadaan sekeliling.Kadang–kadang at one minute I boleh rasa sayang yang mencurah-curah and the next minute ia boleh jadi benci yang membuak-buak.I have doubt on what I’ve done.Macam,“Eh apa aku buat ni??All of sudden I will feel like I've just make myself look silly and desperate infront of you .Tak cukup memalukan ke tu?

There are some point when I looked back and I regret thing I’ve said.I tak sedar that walau apa pun jadi things will never be the same.Between you and me. Starting from the last nite,im sorry if I’ve make it more complicated.I promised myself not talking to you as it is the best way I could forget you but I guess it doesn’t work well.I sangat lah tak tahu watdehel I buat sekarang but yang pasti ia buat I PENAT.PENAT.PENAT.

PENAT fikir.PENAT sakit hati.PENAT rasa kecewa.PENAT simpan harapan.PENAT mengeluh-ngeluh.PENAT lah ngan semua ni.Im tired of ignoring the fact I was hurt completely.Kalau lah I boleh lupakan je semua ni tapi tak boleh masalah nya.Itu lah masalahnya.I just want to be happy.Happy macam lagu Barney dinosaur purple perut buncit tu.

Kalau you baca ini,i nak you tahu hati i dah kemek macam tin coke yang dah kena pijak banyak-banyak kali tahu?

Tuesday, November 17, 2009

Oh no no

Macammana nak cakap NO bila lecturer suruh kau pergi ikot lawatan cuti-cuti malaysia ke kolej lain yang ko sedia maklum betapa akan bosannya lawatan tu sebab ko xde gang sekepala ngan kau kat sana.Pastu dia saja cakap wajib biar suruh kau pergi jugak.Padahal kau sebulan awal dah plan baik punya nak bersukaria dengan kawan-kawan kau weekend tu.

Macammana nak cakap NO bila kawan ko minta kau teman dia pergi machine atm yang terletak kat pintu masuk kolej kau sedangkan kau sekarang berada bilik kau yg terletak di hujung2 kolej di tingkat 4.Pastu ko tengah sakit kepala kaw2 punya dan bila teringat dia pernah teman kau dulu-dulu, ,kau tak sampai hati nak tolak.

Macammana nak cakap NO bila kau tgh diet besar-besaran punya pastu tibe2 adik kau datang tengok tv sebelah kau sambil makan cokolat dan bercita-cita untuk menghabiskan cokolat tu yang memang susah kau nak dapat kat malaysia.Pastu hulur kat ko "NAK COKOLAT?TAK NAK, ORANG HABISKAN.

Macammana nak cakap NO bila kawan ko mintak pinjam duit kat ko sebab takde duit nak makan.Tapi sebenarnya dia nak pergi bersukaria.Kau tau pun sebab kawan kau yg lain pernah kena ngan dia.Nak tambah konflik lagi, kau pulak pernah dengar rumours mengatakan dia ni kalau hutang selalu buat-buat lupa nak bayar dan kebetulan kau mmg tengah agak pokai time tu tapi kau tak sampai hati nak cakap tidak sebab rasa macam tak elok caye kat gosip2 sebgitu dan kau tak sampai hati nak cakap TAK BOLEH LA WEHH.

Macammana nak cakap yang NO ,kau tak setuju dengan sesuatu tu contohnya seperti kawan-kawan ko minat dengan Edward Cullen ,tahap nak kawen sehidup semati ngan Edward Cullen lah tapi ko sorang je ,ye kau sorang je yang masih tercari cari tertanya -tanya dimana terletaknya kekacakan beliau sebab ko rasa rambut dia yang tebal boleh sorok pemadam.pembaris tu sangat PELIK yang kadang2 cam joe jambul pon ada gak.

Macammana nak cakap NO bila kau ada dalam situation makcik jual kain2 jual kopok2 yang datang rumah ke rumah tu datang rumah ko.Belum sempat kau nak cakap "takpelah makcik mak pak saya xde"...makcik tu dah duk bersila depan kau sambil bentang kain2 kerepek2 yang dia nak jual."Belilah nak.Acik kasi discount 20 percent." Sambil makcik tu lap2 peluh akibat penat berjalan.Ko plak memang la agak kering kontang ilek warakek takde duit.Bagi sirap ais je lah.

I've been in some of the above situation.And I'm always saying YES ,tend to agree everything when NO NO NO is what I really want to say.
Oh ye,katakan tidak pada rokok.