Sunday, November 22, 2009

Bila sorang-sorang

Angin-angin kebosanan melanda sekarang ni.Ingat semalam nak update tapi takde masa.Cehh ceh.Bukan sebab dah tido mati dari kul 6 petang sampai 12 pagi ke?Rakan sebilik sume ingat I dah syahid sebab sebab kejut-kejut I tapi takde kesan lansung seperti membuat aksi kuak lentang atau gaya bebas ataupun gaya cicakman melekapkan kaki-kaki kat dinding.Takde-takde.Sume aksi tu tidak dipaparkan ye malam tadi.Penat sangat kononnya padahal kau pergi Johor bukan kau yang drive bus gedabak tu.

Ha..Semalam I pergi sana ada lawatan pergi ke Matriks Johor untuk semua ketua blok.Memang cam haram la weh bosannyaa.Part klimaks time makan free je lah.Tengok,betapa bosannya trip tu.Asal la diorang tak buat aktiviti macam baling selipar antara ketua-ketua blok.Lepastu siapa kalah kena simbah air berbaldi-baldi ramai-ramai.Kan lagi seronok macam tu.Kata nak erat silaturrahim.Tapi,sudah tentu lah aku nak jadi yang kalah.Pastu bila diorang baling-baling air,jerit-jerit..


"Aaaa..Jangan lah.janganlah wehh.kih3"


Padahal dalam hati ,

"Simbah lah lagi weh.simbah laa".

Lepastu balik college semalam I bantai tido.Terjaga pukul 12 pagi camtu sebab Fath datang bilik mintak movie apa tah.Lepas tu ambik kau tak boleh tido sampai kul 7 pagi.Dan harini I bangun balik kul 9 pagi.Well,2 jam je kot tido.Power tak?power tak?Oh lepas tu kan kan I terus pergi mandi weh.Like hello?Mandi pagi on Sunday morning?Jarang sekali kot.Kalau member2 dah komplen2 terbau bau ketiak masam,baru le kau terhegeh2 pergi mandi tengahari.Ceyy.Tak senonoh lah kau ni.


Nak bagitau jugak ni,disebabkan kebosanan yang melampau tambahan pula roommate-roommate telah hilangkan diri secara tiba2,padahal report experiment haram jadah kau tak buat lagi,I telah pakai kain batik pergi tepi sungai ada batu-batu,pastu basuh baju kat situ sambil nyanyi-nyanyi lagu ikan kekek.Hehhh tak ah.I telah pergi bilik air je,basuh baju sambil nyanyi lagu pontianak Misha Omar.Takde sungai-sungai pon.Nak bagitau I telah basuh baju satu baldi penuh ye,satu baldi penuh guna tangan weh.GUNA TANGAN.Kalau tak ,memang I lah pengguna setia washing machine kat aras 2 tu.Balik-balik muka I je lah terhegeh-hegeh masuk syiling2 RM2.50 kat machine tu.Sanggup beli gula-gula 10 sen pastu dapat balance 90 sen nak buat duit basuh baju.Pastu machine tu plak cam annoying tak nak telan duit yang I sumbat,sampai I kena panggil siapa-siapa yang lalu lalang kat situ tolong masukkan duit.Padan muka.Sape suruh lalu situ.

Dah la dah la cukup lah.Pergi buat report bio sekarang.Eh tak.Pergi copy report bio budak bilik depan sekarang.


2 comments:

  1. hahahaha...

    lawak lowh ko myra..

    yg xtahan washing machine tuh nyew story..kuikui..
    aku gase nk gelak guling2 jew skunk neh..=P

    ReplyDelete
  2. haha.part copy report budak bilik depan tu paham2 je lah kan.kih3.

    ReplyDelete