Teaching in kindergarten is not as easy as some might think.Even me myself never imagine that being a kindergarten teacher would be this hard as in at my workplace,they're not only provide education programs for the infants but also as a chilren day care centre.Maksudnya kau bukan je kena mengajar ABC sampai Z,menyanyi dan buat demo lagu 'Barney I love you' 8 kali berturut disebabkan permintaan melampau budak-budak ni yang asyik cakap,"Cikgu,one more cikgu".Tetapi juga perlu mengasuh mereka untuk menjadi lebih berdikari,to develop certain skills,menjadi anak yang dengar cakap sebab at this phase lah diorang perlu diasuh dan awal-awal diterapkan nilai-nilai murni dalam diri tak kisah sama ada hubungan antara mereka dengan guru,ibubapa mahupun kawan-kawan.
Mengasuh dan mengajar berdasarkan apa yang tertulis dalam buku adalah 2 perkara yang berbeza.So,having the chance to be a kindergarten teacher and handling kids from 0-4++ years old,is actually giving me lot of good new things to be experienced as I learned the right way on how to communicate with the kids.Sebab selama ni bila berhadapan dengan budak-budak halus,diri sendiri akan hanya tahu cubit-cubit tonyoh-tonyoh pipi budak tu je sambil cakap baaaa chak yang sangat lame.Budak/bayi sekarang tak rasa benda tu kelakar dah.
Tadi I have been asked to perform a play using puppets.Cikgu kat situ suruh bedal je cerita apa aku nak create as long cerita tu logic,masuk akal.Sebab budak-budak ni bukan faham sangat pun. Janji dia tengok puppets tu gerak-gerak sikit,diorang secara automatic dari passive akan menjadi excited.So I picked a frog and an elephant to be in my show.Cehh dan dengan confidentnya terus menggoreng cerita sesedap dan secukup rasa.
" Dalam sebuah hutan,ada seekor katak pergi jalan-jalan sambil bernyanyi dengan riang lalalala.Tiba-tiba dia terjumpa duit lepas tu dia rasa in between nak ambik ke tak duit tu.Lepas tu tiba-tiba si katak teringat mak dia suruh dia beli gula.Si katak pun teruskan perjalanan.Haa.Lepas tu tiba-tiba si katak terjumpa pulak dengan sang gajah.OMG! Lepas tu akhirnya si katak pun pergi lah ke kedai dengan sang gajah.Okay dah habissss.Yeayyy.Haaa,best tak cerita ni??Yeayyy semua tepuk tangan." *BUNYI CENGKERIK*
Haih sekarang harus make some effort sikit pergi gali balik buku-buku cerita sang kancil,sang buaya , sang singa , sang cinderella, sang snow white serta belajar untuk menggunakan bahasa yang sesuai semasa bercerita dengan kanak-kanak dan bukannya bahasa rojak ye cikgu.Oh em jee cikgu oh em jee.
hahahahahahaha! asal tak cakap last2 gajah tu makan katak tu. baru lah mati katak. baru lah ada unsur violence. haha! oh emm jee!
ReplyDelete