Saturday, February 6, 2010

Mari kuruskan peha mari

Mungkin kerana Fie dah malas nak dengar atau muak atau rasa nak sepak muka I sebab asyik cite pasal penyakit depression I tu,jadi dia telah mengambil jalan mudah dan singkat untuk menceriakan balik suasana dengan ajak I pergi berbasikal.Tu lah kau.Aku dah elok duduk sorang-sorang depan library tadi sambil kononnya berniat nak bace dengan sungguh-sungguh chapter male reproductive organ dah tak jadi sebab tiba-tiba kau muncul dari mana tah lepas tu ajak aku tambah lemak pergi beli aiskrim Conneto.Lemak semakin bertambah dan dua lapis dagu jadi tiga sebab nafsu makan melonjak-lonjak bila nampak keropok pe tah bagai tapi bila dah makan tak sodap pon.Nafsu haiih nafsu.
Baguslah orang lain pergi surau sebab tadi ada demo pengurusan jenazah tapi kite lalu je depan surau siap rempit rempit lagi dengan basikal yang I sengaja pilih kaler hijau ala-ala hijau pisang gitu sebab konon nak matching dengan baju.Lepas tu masa turun bukit rasa macam power konon-konon nak lepas tangan sambil buat aksi bebas tapi tak berhasil sebab kurang practice.Cakap jelah kau tak pandai buat.Ye ah ye ah.Tapi I sungguh-sungguh nak jugak lepas tangan sambil kayuh basikal lepas tu bila dah dapat buat sikit,eksyen tunjuk kat Fie.

Fie tengok ni cepat.Tengok ni.Aku dapat lepas tangan!



Baiklah rupa-rupanya Fie lagi hebat buat aksi lepas tangan siap pernah kayuh almost satu padang lepas tangan lagi.Baiklah.Tskk.
Bila rasa-rasa macam dah buat 1479 kayuhan tanpa henti,kitorang berhenti tepi jalan kejap kacau jejaka-jejaka berjogging.Heh tak ah.






Berjoget Pahang sebentar bersama kit kat.




Walaupon I tak terer main kayuh basikal sambil lepas lepas tangan ape jadah tu,tapi tang lompat lompat ni I memang terer.Boleh eksyen dengan Fie sebab kaki die comel hahah tak boleh lompat tinggi-tinggi.




Masa tengah kusyuk camwhoring bagai,tiba-tiba disergah oleh abang basikal eh pakcik basikal tapi die tak berbasikal masa tu dia naik motor ah.Panggil die pakcik basikal sebab dia jaga basikal-basikal kat store tu.Terkejut mak kena sergah sebab dah lewat kena pergi pulang basikal.Rajin bukan pakcik basikal tu sanggup cari kitorang sampai ke padang suruh pergi pulang basikal.
Lepas tu bila rasa macam peha dah kurus pergi bantai nasi lemak ayam goreng yang godang tu untuk dinner.
Tsk sia sia je ketiak basah-basah buat 1479 kayuhan tu.

4 comments:

  1. hahaha kayuh babe, jangan tak kayuh! kemainn lagi u nyah! =)) dah exercise, g bedal nasi lemak ayam la plak kannnn..haha btw i like ur lomo cam!!! comel gler babe!! beli katneeee..room ke?? nak beli gakkk =))

    ReplyDelete
  2. hahha.tu lah dah nampak nasi lemak lupa terus lemak2 yg dah sedia ada.

    ReplyDelete
  3. nice..feel free 2 view my blog...chentawanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. aku bukak blog kau and scrolled sampai sini rasa rindu gila waktu dulu2 dengan kau dengan hajar, dengan bilik 'kita' yang 'cantik' gilew lettuw nak2 sekarang nie macam stress sebab dah nak exam rindu waktu dulu2 kita stay up sama2, bangun tidur tengk kau dengan kopi janda tu sempat lagi layan gossip girls padahal orang lain tengah stress, rindu bau nescafe masing2 buat (except kopi janda) sebab nak tahan mata, nak stay up. ok the point is, nak cakap aku rindu kau dengan kopi janda. sobs. hahaha kthxbye

    ReplyDelete