Tuesday, May 24, 2011

Kids,let me tell you a story of a frog and an elephant

Teaching in kindergarten is not as easy as some might think.Even me myself never imagine that being a kindergarten teacher would be this hard as in at my workplace,they're not only provide education programs for the infants but also as a chilren day care centre.Maksudnya kau bukan je kena mengajar ABC sampai Z,menyanyi dan buat demo lagu 'Barney I love you' 8 kali berturut disebabkan permintaan melampau budak-budak ni yang asyik cakap,"Cikgu,one more cikgu".Tetapi juga perlu mengasuh mereka untuk menjadi lebih berdikari,to develop certain skills,menjadi anak yang dengar cakap sebab at this phase lah diorang perlu diasuh dan awal-awal diterapkan nilai-nilai murni dalam diri tak kisah sama ada hubungan antara mereka dengan guru,ibubapa mahupun kawan-kawan.


Mengasuh dan mengajar berdasarkan apa yang tertulis dalam buku adalah 2 perkara yang berbeza.So,having the chance to be a kindergarten teacher and handling kids from 0-4++ years old,is actually giving me lot of good new things to be experienced as I learned the right way on how to communicate with the kids.Sebab selama ni bila berhadapan dengan budak-budak halus,diri sendiri akan hanya tahu cubit-cubit tonyoh-tonyoh pipi budak tu je sambil cakap baaaa chak yang sangat lame.Budak/bayi sekarang tak rasa benda tu kelakar dah.


Tadi I have been asked to perform a play using puppets.Cikgu kat situ suruh bedal je cerita apa aku nak create as long cerita tu logic,masuk akal.Sebab budak-budak ni bukan faham sangat pun. Janji dia tengok puppets tu gerak-gerak sikit,diorang secara automatic dari passive akan menjadi excited.So I picked a frog and an elephant to be in my show.Cehh dan dengan confidentnya terus menggoreng cerita sesedap dan secukup rasa.


" Dalam sebuah hutan,ada seekor katak pergi jalan-jalan sambil bernyanyi dengan riang lalalala.Tiba-tiba dia terjumpa duit lepas tu dia rasa in between nak ambik ke tak duit tu.Lepas tu tiba-tiba si katak teringat mak dia suruh dia beli gula.Si katak pun teruskan perjalanan.Haa.Lepas tu tiba-tiba si katak terjumpa pulak dengan sang gajah.OMG! Lepas tu akhirnya si katak pun pergi lah ke kedai dengan sang gajah.Okay dah habissss.Yeayyy.Haaa,best tak cerita ni??Yeayyy semua tepuk tangan." *BUNYI CENGKERIK*


Haih sekarang harus make some effort sikit pergi gali balik buku-buku cerita sang kancil,sang buaya , sang singa , sang cinderella, sang snow white serta belajar untuk menggunakan bahasa yang sesuai semasa bercerita dengan kanak-kanak dan bukannya bahasa rojak ye cikgu.Oh em jee cikgu oh em jee.

Sunday, May 8, 2011

I think kids love me

Haih rasa baru je daftar masuk degree haritu tiba-tiba je dah grad.Dua sem je belajar dah grad,Kau mampu?Cuti semester kali ini merupakan cuti yang agak produktif sebab hanya 3 hari sempat tonggang terbalik menonggeng kat rumah sebab sekarang aku dah jadi wanita berkerjaya.Ulang lagi sekali.Wanita berkerjaya.Sekarang baru lah tahu rasa penatnya jadi wanita berkerjaya ni.Baru tahu rasa penat orang balik kerja dari pagi sampai petang lepastu balik rumah nak kena urus anak-anak lagi.*tiba-tiba*.
Tapi kalau ada anak sekarang,confirm anak-anak akan terabai terbarai sebab maknye balik dari kerja memang tak peduli apa dah ,terus naik bilik tido dan hanya akan bangun keesokan paginya.So to my dear future husband,get me a nanny!
Baiklah,kerja sebagai cikgu tadika takde lah seindah se-sweet yang dibayangkan.Kau tak payah lah nak bayangkan aku jadi cikgu tadika yang bahagia dikelilingi kanak-kanak yang comel lagi pendek lari-lari lepas tu nampak macam eee comelnya dia jadi cikgu tadikaa comelnyaaa.

IMAGINATION



Sebab realitinya aku lagi banyak menjerit seperti,
"SIAPA TAK SIKAT RAMBUT LAGI,BERATUR DEPAN CIKGU CEPATTTT!
EIII,CIKGU ADA SURUH KAMU BISING KE????SIT DOWN AND BUAT BIG CIRCLE SEKARANG!
YA ALLAH!! KENAPA KAMU PUKUL KEPALA DIA??
YA ALLAH!! KENAPA KAMU PUKUL BONTOT DIAA?
YA AMPUN!! KENAPA KAMU PUKUL CIKGUU PULAKK?


REALITY

Faham tak apa yang aku perlu hadapi?Faham takkkkk?Kerja start pukul 7 pagi dimana sepatutnya waktu2 itu menjadi prime time aku untuk tidur!! Tapi disebabkan budak-budak halus tu punya pasal,digagahkan juga bangun pagi pergi kerja sampai lah pukul 5.30 petang.Tapi the first two days memang penat sumpah macam haram punya penat tak tau nak describe macammana.Bila pukul 5.15 petang,secara tiba-tiba akan jadi orang paling excited asyik tengok pintu pagar je kalah budak-budak kat situ tu sebab tak sabar nak balik rumah.Tapi dah seminggu kerja rasa best dah,dah tak rasa nak nagis kat pintu pagar dah setiap kali masuk kerja dah.Tiba -tiba rasa macam dari kecik sampai dah besar panjang pun pergi tadika haa.Tapi,unpleasent feeling tu hilang automatically bila tengok perangai budak-budak ni yang ada macam-macam jenis perangai..Ada tu yang terkedek-kedek kulur kilir bawak kamus bergambar dia.Lepas tu kemain excited lagi tunjuk kat aku kamus dia tu.Dah la pendek lepas tu comel gila nak mampus aku pun jadi macam awwww bila dia cakap,"Tekgu tekgu, ceritakan tekgu."Lepas tu bila aku tunjuk gambar bas sekolah,tetiba jadi histeria excited gila budak ni gelak macam apa tah,cuak jugak aku.Ada tu yang jenis kedekut tak nak share toy,lepas tu sebab takde siapa nak main dengan dia,duduk sorang-sorang main sorang-sorang.Dan kononnya tugas aku sebagai cikgu yang prihatin dan penyanyang,aku pun pergi kat budak tu,pujuk dia main dengan kawan-kawan lain tapi endup secara drastiknya budak loner tu menangis tiba-tiba buat aku rasa gagal dan cepat-cepat tarik budak lain cakap dengan cikgu lain, dia yang buat.

So that kids,was how I met your mother.*Tiba-tiba*
So that was how I survived my first week as a kindergarten teacher .Harap-harap bertahan lah sampai bulan 9.