Thursday, April 15, 2010

Cari kija jom cari kija

Harini telah buat I rasa macam orang besar.Hazira my collegemate ajak teman dia jemput laptop dia pulang.Dah alang-alang nak pergi kedai komputer tu,I bawak sekali laptop I sebab memang dah kritikal sangat I tengok.Then dah comenga comenga dengan apek tu,laptop I pon terpaksa di tahan.Tskk.Kena tinggal satu minggu.Lepas tu Hazira ajak pergi cari kerja kosong kejap.Weh gila cepat,aku baru nak goyang kaki cuti-cuti ni tengok gossip girl ulang-ulang kali.Yelah baiklah dah alang-alang dah berada kat lubuk banyak kerja kosong ni,cari je lah.
Mula-mula lalu depan kedai makan,nampak notice depan kedai tu tulis 'PEKERJA DIPERLUKAN.PEREMPUAN SAHAJA.KAUM LELAKI TAK KIRA LA KAU JAMBU KE AGAR-AGAR KE BOLEH ABAIKAN NOTICE INI."Eheh yang last tu I tambah.So,since this is our first time ever looking for a job,kitorang lalu je depan kedai makan tu.Lepas je lalu kedai tu,terus "Apsal kau tak masuk,eii aku malulah,nak masuk ke tak nak ni,macam tak laku je kedai tu,dah ah takpayah la kite cari kedai lain."
Lepastu jalan-jalan lagi nampak lagi vacancy dekat kedai buku,pon macam tak meriah mana jugak tapi masuk jugak.Tempat ni macam cerah peluang nak dapat sebab diorang baru bukak cawangan dekat tempat lain,so memang perlukan pekerja macam kitorang ni.Yang macam kitorang ni diorang memang memang perlukan sangat.Tak tahu lah kenapa perlu ulang ayat tu.
Bila dah confident untuk cakap,HELLO-ASSALAMUALAIKUM-SELAMAT PETANG-SINI ADA-PERLUKAN-PEKERJA?,terus semua kedai lain kitorang terjah.Dari kedai makan,kedai buku,kedai perabot,kedai accessories wanita,kedai jual barang cute-cute,kedai komputer semua belasah masuk.Ada satu kedai je tak jadi masuk sebab die tulis 'TUKANG URUT WANITA DIPERLUKAN'
Lepas tu kedai makan yang mula-mula tadi I taknak masuk pon,masuk jugak akhirnya.Dan dan kedai makan ni kebetulan baru bukak seminggu dan memang perlukan waiter.Lepas tu masa nak tinggalkan nama tu,owner tanya,

"Pandai buat benda lain tak?"
I pon dah errr gulp-gulp."Buat apa?"
"Pandai masak tak?Goreng-goreng ke?"
"Owh.heh.Tak berapa nak pandai sangatlah."
"Buat air ke bancuh-bancuh air?Pon tak tahu?"
"Err.buat air untuk diri sendiri tahulah bang."


Kau gila nak mampos die suruh aku masak,buat air untuk customer.Memang lagi tak laku lah weh kedai tu nanti.Kalau suruh jadi mascot kedai dia,pakai baju mascot bear A&W,pergi sergah-sergah budak kecik boleh lah.Lepas tu boleh pergi buat-buat terpeluk jejaka kacak.
Dan disebabkan Hazira was the driver of the day,I dengan senang hati arahkan dia cari kerja lain kat tempat lain.Dari kedai jual baju-baju vintage,kedai hp,kedai jual alatan senaman,ceyyh ceyyh and sampai lah ke butik pengantin yang kitorang tersalah masuk lepas tu terus tiba-tiba kena offer jadi model.Err apa ni jalan normal pon tak betul nak suruh pakai tumit tinggi jalan lenggang lenggok lenggang kangkung.Model pengantin pulak tu.Choyyyyy.Cepat lah pulak mak den dapat menantu nanti.
Anyway today was fun.Tinggal tunggu je lah siapa-siapa call nak offer I kerja.

3 comments:

  1. babe, u nak kje?? LOL. omg. cam kelakar je!! hahaha takpe2, nanti jangan lupa belanja i k? =))

    ReplyDelete
  2. part "agar-agar" tu mmg x boleh blah. haha.
    tu guna kopi JANTAN. superrrpoowerrr.

    ReplyDelete
  3. meow: percayalah,muka i ni bukan muka curi tulang.

    kopi janda tak berapa nak hot: hahhaaa.guna kopi janda tak boleh eh kopi janda?haha

    ReplyDelete