Monday, July 27, 2009

Banyak orang banyak garam eh eh ragam

Oh yeah ini 7 in 1 sebab malas nak update hari-hari.Oh yeah seronoklah begini.

Monday,20 july 2009
Bangun lambat.On9.Teman umi pergi buat facial treatment.Teman je.Teman je.Cis

Tuesday,21 July 2009
Bangun lambat.On9.Tak ingat buat apa dah.

Wednesday,22 July 2009
Oh ini ingat.Bangun lambat.0n9.Tu je.

Thursday,23 July 2009
Bangun lambat.On9.And setelah lama tak drive sebab trauma dengan accident dulu yang aku pergi langgar kerete orang,finally drive la pergi tempat jauh sket.Pergi jemput adek skolah depan rumah.And malam tu mentang2 lah dah boleh drive balik,after hantar budak-budak halus tu pergi tuition,lepak ngan Fared kat mcd.Then pergi rumah Khai and paksa dia teman pergi makan kat stadium.Eh eh makan lagi.

Friday,24 July 2009
Patut pergi rumah cousin aku ,tapi tak jadi.Malam tu Mohsein, my cousin datang rumah.Dia tengah cuti baru seminggu balik dari Bandung.Bakal doktor ini bilang lagi 2 tahun baru habis study.

Saturday,25 July 2009
Mohsein hantar ke ktm.Dalam komuter tu aku nampak seorang aunty ni.Aku rasa aku selalu nampak dia setiap kali aku naik komuter.Dia dengan backpack dia,sneakers tapi umor dia macam dah 50++.Tak tau lah apa dia buat tapi aku macam teruja je nak tau pasal dia.Menyebok tol lah kau jah.Makcik tu tah2 baru balik dari gym ke.Kepoh kau.
Sampai kl cntral jumpa Nazem kat sana.Plan nak cari handbag for her mom and dia mintak aku tolong dia.Okay kitorang pergi la pusing satu Times Square tu cari handbag.Jumpa pon finally.Cantik.And sesuai la for her mum.Tengok lah siapa pilih.Then tetiba dia nak beli baju pulak and aku pon dipaksa jadi image consultant dia.Lepas tu kecoh je dia pakai XS.Tau la zaman aku bersaiz XS dah berlalu.Nyampah-nyampah.Suka kan youuu! Then dah habis semua,he took a train heading to Seremban sebab ada kenduri dekat rumah dia and aku pulak angah (my cousin) jemput kat kl cntral and pergi lepak kat Curve ngan boyfriend kesayangan dia.Cey-cey macam banyak lah pulak kan boy dia.And at the same time Umi and Syaza(sis) ada di sana actually sebab dey all were from IKEA beli few stuff.Ini yang aku hangen ni.Mesti shopping sakan.Pergi senyap2 pulak tuh.Tahu pun rasa macam buat salah.Dah balik baru bagitau aku.Ciss.Xpe you all.xpe.
Malam tu rasa macam makan sedap sangat.Makan maggi goreng.Heah maggi je lah haih kau ni.Dekat stall tepi jalan tu.Tibe-tiba je kitorang berhenti situ.Tapi rasa macam eh2 da lama nye x makan sedap2 camni dekat tempat macam ni.The best megi goreng in town la weh.Makcik tu masak sedap.Makcik,i love you lah.Kau tengah kebulur memang lah sume sodap.


Sunday,26 July 2009
Bangun lambat.Pergi putrajaya rumah cousin.Angah nak amek baju dobi dia.Then jumpe la si ketot Tisya tu and kakak dia,Dina yang baik je.Tak macam adik dia,Tisya.Muka je comel tapi perangai dia yang kadang-kadang je dia baik.Lepastu suke jeling-jeling.Sekali aku balas wat mata juling,lidah jelir-jelir.Tau takot.Tapi sebab Tisya comel layan je lah.Time aku baru sampai rumah dia tibe2 Dina tanya.

Dina: Kak Myra cita2 nak jadi apa?
Aku : Owh..aaaa..emmm.doctor
Dina :Kita nak jadi scientist atau architect.Ayah kite suruh kite jadi doctor tapi kite tak nak.
Aku:Sebenarnya kak Myra pon x nak jadi doctor.
Dina : Kenapa kak myra nak jadi dr?
Aku : Ntah la.(dah dah aku malas nak layan)



Then kitorang bawak budak-budak tak cukup umur ni g mph kat Alamanda sebab Dina nak beli buku sudoku.Semata je kan.I dulu-dulu takde pun camtu.Setakat main buku sifir kat belakang buku latihan kaler coklat tu je tau.


Monday,27 July 2009
Harini lepaking dgn Izzati,Tiara and Sheqa dekat KLCC.Tengok Harry Porter.BOleh lah.Then masa tengah tengok,ada lah sorang perempuan ni gelak2.Mula2 okay fine la.Dia gelak kuat.Tapi tetibe time die gelak2 keluar lak bunyi lain.Tak boleh bla betul.Kitorang 4 orang mmg nak gelak gila2 sebab dia.haha.Kesian kitorang kena tutop mulut tahan gelak sebab takot dat lady terasa.Tak baik woo.
Then makan-makan..penat-penat.Plus migrain lagi yang menyerang secara tiba-tiba.Aku tertido dalam train.Walaupon beberapa kali dah kepala macam nak cecah lutut sebab tido duduk,and walaupon ade a cute boy duduk sebelah.Dah tak peduli dah.Tido lagi masyuk.20 mnutes kot tertido,bangun2 je,tengok ada sorang pakcik ni dah ada duduk depan aku.Yang membuat aku tertarik kat dia ialah, dia pakai nail polish yang berwarna pink.Gosh.Apsal la pakcik ni pakai bende tu.I pon tak pakai kaler pink mcmtu pakcik oii.Sekali lagi kau memang suka menyibuk jaga tepi kain orang.Adoii.But people are getting weird la nowdays.
Hmm tu je lah yg aku buat sepanjang minggu lepas.And this week kena la tengok-tengok,belek-belek buku2 bio,chemy yang tak dibelai-belai lagi tu.Boleh buat bed time stories buku-buku ni.Jom lah tido.
:(



No comments:

Post a Comment