Tuesday, April 19, 2011

Salah satu benda paling annoying dalam dunia

Status facebook :

Ee.laparlah nak makan apeee ye?

2 minit kemudian...

Nak makan megi lah rasanya.

2 minit kemudian...

Ok dah masak megi kari.Mesti sedap ni.Tengoklah siapa masak.

1 minit kemudian...

Yea.Tgh senduk megi.Nyum nyum.

1 minit kemudian...

Ok,nak suap megi dalam mulut sekarang.

30 saat kemudian...

Baiklah,sekarang tengah kunyah megi. Dapnyee.

Weiii.Setiap minit nak update status.Aku tak nak tahu lah apa jadi dengan megi kau.Go and get yourself a twitter account please?

Sunday, April 10, 2011

Nak bagitahu sikit


Minggu study week ni sumpah tak productive lansung hidup macam biawak .
Masa tengok slides lah,katil menyanyi-nyanyi girang .
Masa buat notes lah,bantal berjoget-joget riang .
Masa hafal notes lah,selimut buat tarian tiang .

Dan,tersungkur lagi nampaknya .
Nota-nota sekalian,korang not even trying to seduce me, don't you?

Friday, April 8, 2011

Faham tak?

Faham tak rasa macam mana kepala sakit berdenyut-denyut lepastu kau nak sangat-sangat tidur tapi dah golek sana sini sampai golek-golek jatuh katil guling-guling depan pintu bilik pon tak boleh tidur jugak.Faham tak?Lepas tu nak kacau 'orang tu' yang dah berjaya buat peta baru kat bantal pon tak sampai hati .Nak study pun kepala sakit kan ,mana boleh study dek nonn. Lepas tu tiba-tiba jadi caring,kejut semua orang untuk prepare solat subuh,walaupun lagi 2 jam sebenarnya baru masuk subuh . =.=
Oleh itu bagi mengelakkan diri sendiri buat perkara-perkara yang boleh buat orang annoyed,so pergilah godek godek folder album.Lepas tu jumpa gambar-gambar ni tetiba rindu.Rindu nak makan ayam penyet! Nak ayam penyettttt depan pintu bilik sekarang jugak!


Ok rindu sekali lah dengan orang-orang yang ada dalam gambo tu. Rindu nak berkelakuan pondan tanpa segan tanpa silu dengan mereka.

Baiklah.Dalam kereta,masih tahu malu lagi.Senyum masing-masing masih lagi terkawal dan hoi tudung pink,senyum kau sangat fake!


Mana pergi kemaluan tadi?Hahh kan dah cakap rindu nak berkelakuan pondan/sumbang seperti ini.

Seperti ini

Dan ini

Begitu juga dengan ini.

Pondan teruja dikejar pondan gila.

Baiklah yang baju merah ni pun nak jugak main kejar-kejar.Kite layan je,kita layan.



Tolong bagitahu aku apa masalah yang kat belakang tu?






Macam dah ngantuk dah ni .Yes. Ok,bye.

Sunday, April 3, 2011

Reason why I refused to get out of the bed

Dua hari in a row tak tidur memang true.Kalau bersengkang mata sebab study ke boleh bla lagi tapi ni dengan menari lagi dengan terkejar-kejar nak kejar due date assignment,dengan prrsentation,dengan quiz dalam satu hari.Perghhh, lunyai badan kitewww tawuuu takkk.Sampai sanggup pergi terpacak kat dewan kuliah pukul 7am untuk kelas 8 am sebab takut tertido sebab kalau tertido,memang agak mustahil untuk bangun,memang mustahil.Aku rasa lecturer aku mesti dalam diam menangis kegembiraan tengok aku first time datang awal untuk kelas terakhir dia,sebab minggu lepas tu dia dah sound aku,aku tak pernah datang awal kelas dia.Sentap sentap.
Tahap penat,tahap mengantuk tu tak payah cerita.Sampai bas dah ada depan mata ,nak tunggu pintu bas tu bukak pon boleh tidur kejap.Tahap keselekehan pulak dah lah dengan tak mandi,dengan tudung tak gosok walaupun itu perkara biasa. Lepas tu tengah berjalan kaki nak pergi fac pon tiba-tiba cousin tersayang call.
"Myra kat mana?Macam nampak Myra tengah jalan kt fac,Myra ke tu?Ya Allahh.Kenapa selekeh sangat tu???
Sampai tengah berdiri dalam bus pon,budak lelaki yang duduk depan aku toleh-toleh kat aku banyak kali.Aku pon dah macam, ehh mamat ni.Toleh-toleh banyak kali pulak.Sekali cukup lah.Tengok betul-betul,rupanya kamil kamil.Kau pun terpaku ,terpana dan amazed agaknya tengok tahap keselekehan aku.Fine kamil,fine.
Tapi sekarang dah berada di rumah, heaven.

Tuesday, March 29, 2011

Somebody please kill me.


  • Three more essays to go
  • Update blog untuk assignment which I haven't done anything yet when all the members of the group at least have posted few things there and the final evaluation is within this week.
  • Poster presentation
  • Quiz yang tak habis-habis on this upcoming Thursday
  • ICT website presentation
  • Update IELLS
  • Dance competition ,tomorrow
  • Final exam is coming in less than 2 weeks.
  • Ugly pimples all over the place.HAHA.
  • I am so dead meat.

Wednesday, March 16, 2011

Sebab tu kau kena tidur sekarang!

Tak tahu apa dah jadi dengan diri sekarang yang semakin tak terurus.Makin meluat dengan diri sendiri.Bayangkan bangun tido tersentap-sentap sebab terasa macam dah terbangun lambat sebab tengok katil sebelah, roomate dah ghaib. Lepastu cuak gila nak tengok jam kat hp sebab tahu dah terlambat bangun.Tapi sentap-sentap mak pun,mak tengok jugak jam kat hp perlahan lahan sambil berharap please jangan pukul 10.pelase jangan pukul 10 dan dah pukul 11.27am sebenarnya.Tahniah.Memang dah semakin selalu bangun dari tidur waktu pagi dan tanpa fikir panjang terus tampar diri sendiri sebab tahu dah terlepas kelas untuk pagi tu.Lepas tu terus emo sebab terlepas kelas pagi tu terus menangis kekecewaan dan sambil pujuk diri sendiri terus tersambung tertido balik dan secara automatik terlepas kelas seterusnya dan seterusnya.Lepas tu jumpa Hanis dekat next next class ,masuk tandas,dengar Hanis bebel bebel lepastu terus mengadu salahkan roommate tak kejut pagi dan terus berikrar dalam tandas sem depan harus cari roommate yang lebih mengambil berat dan concern tentang kedatangan aku ke kelas.Ok bye.

Tuesday, February 1, 2011

You got me

Pertama-tama sekali kakok-kakok abe-abe sekalian,saya nak tahu dulu,bila raya cina sebenarnya hahhh?Dah lepas eh?Tahu-tahu dah macam nak habis cuti je ni ha.Okay.Takpe.Kita abaikan itu semua dan mari kita fokus ya fokuuuus untuk membincangkan perkara-perkara berfaedah yang sepatutnya aku dah start buat dari mula-mula holiday haritu.Perkara berfaedah pertama yang harus dibuat semestinya bukan menyiapkan assignment ya bukan.Tetapi tidur ya tidur,dan bangun dari tidur tanpa ada perasaan bersalah kerana ter-skip kelas pukul 8 pagi.Serius takde mood betul kalau dah ter-skip kelas pukul 8 lepas tu kelas pukul 10 pon rasa macam takde mood nak pergi dah sebab semangat dah luntur dah kecewa sangat tak pergi kelas pukul 8 tadi and end up buat keputusan untuk ubati perasaan kecewa dengan sambung balik mimpi yang tergendala.Haa gitewww.
Selain tidur yang berkualiti,masa cuti juga digunakan untuk update cerita-cerita di tv yang selama itu banyak ketinggalan lepas tu nak tengok How I Met Your Mother walaupun dah ulang episode yang sama pun kitew tak bowsan kitew sukew je tengok jugak.Movie Alice In Wonderland yang agak bosan tu pun kite ter-tengok lagi sekali jugak sebab bapak kite pegang remote control lepas tu berkeras/berdegil nak tengok alice tak nak tukar channel lain lepas tu kite terpaksa je tengok bapak kite gelak-gelak sorang sorang lepas tu suruh saya gelak sekali bila scene babi dalam cite tu jadi alas kaki pemaisuri berkepala besar.*menangis*
Disebabkan kuasa veto di tangan bapak,oleh itu terpaksa lah saya ambil turn untuk tengok movie pilihan saya pukul 1,2 pagi.Tapi iklan kat tv ni kadang-kadang macam haram jugak.Paling nak kena maki bila tengah-tengah malam tu tengah tengok tv lepas tu tiba-tiba iklan keluar cerita pontianak lah,pocong segala.Hahhh menggelabah ayam kau nak tukar channel.
Ok bersedia,sekarang tiba part geli.Kalau for the past 5 months saya live in denial bila selalu menafikan that I don't fall for him and everyday I'll reassure myself that it won't happen but now I have to admit.Kita rindu kat awak lah .Ok nah baldi boleh muntah sekarang.And people can say whatever they want to say about you,about me,about everything and let them be.Haa giteww.
Ok cukup-cukup.Sekarang nak pergi moplantai,basuh pinggan,basuh dapur,basuh fridge,basuh Tom,(Tom=kucing bapuk),kurung Tom dalam toilet sebab bising,ketuk kepala Tom sebab cakar sofa,ketuk kepala Tom lagi sebab cakar pintu,marah Tom sebab naik atas meja,lepas tu nak pergi basuh satu rumah.Makcik makcik sekalian yang tengah lipat kain kat rumah tolonglah jadikan saya calon menantu anda.Ok bye.