Friday, April 30, 2010

365 days after

I love writing.But doesn't mean I'm good at it.I remember when I was in secondary,I wrote a story.It was kind of short story.Uh wait,I called it a short story because of its length as I only wrote it halfway.Oh okay no,I only managed to wrote the introduction.But it took about 3 pages okayhhh for the intro.Pretty good compared to the 3 lines intro I wrote in the exam.Hee.
Hm,you know what,lately I've been daydreaming about doing something exciting and unexpected.Have u ever imagine this?Doing something crazy and unplanned.Because I do.At the middle of the night,took the car keys,little diary,my guitar and drive to no where with loved ones.Loved ones doesn't have to be the boyfie.A best friend will be great enough.We'll enjoy every minute of the long ride,cackled like witches of stupid jokes and have fun singing along with the radio.We'll stop at the beach and lay down on the cold white sand,on a beach blanket of course,watch the stars,talk about our dreams,the past and argue who's between us gonna settle down first.I want to hear the sound of waves crash on the beach and under the stars,I'll start waving the pen write about the beauty things around me.And a hot coffee at my side would be great.Demand betul.Eh,watak loved ones mana?Oh masa I menulis,dia boleh main guitar dan jadi tukang hibur dan tukang gelak lawak-lawak bodoh I.Lepas tu nak buat bonfire boleh tak macam dalam movie tu kan.*Nak jugaak.
Oklah boleh gosok-gosok mata sekarang sebab angan-angan dah habis dah.

Anyway,sedar tak sedar tak sedar-sedar dah setahun rupanya.Dan semua masih masih macam dulu cuma lebih positif sekarang.

Wednesday, April 21, 2010

This is not good

Masa tengah nak exam hati meronta-ronta nak update blog.Masa itu lah setan bukan main seronok,bukan main meriah lagi main bisik-bisik kat telinga ni suruh update blog ape semua.Sekarang tengah cuti 2 bulan,tengah bersenang-lenang,malas gila nak update.Malas malas malas.Mana korang hahh setan.Meh sini bisik kat telinga ni ha,kasi suruh I rajin-rajin kan diri update blog ni dengan post entry yang berkualiti sikit.Bukan yang ntah apa-apa macam ni.


Thursday, April 15, 2010

Cari kija jom cari kija

Harini telah buat I rasa macam orang besar.Hazira my collegemate ajak teman dia jemput laptop dia pulang.Dah alang-alang nak pergi kedai komputer tu,I bawak sekali laptop I sebab memang dah kritikal sangat I tengok.Then dah comenga comenga dengan apek tu,laptop I pon terpaksa di tahan.Tskk.Kena tinggal satu minggu.Lepas tu Hazira ajak pergi cari kerja kosong kejap.Weh gila cepat,aku baru nak goyang kaki cuti-cuti ni tengok gossip girl ulang-ulang kali.Yelah baiklah dah alang-alang dah berada kat lubuk banyak kerja kosong ni,cari je lah.
Mula-mula lalu depan kedai makan,nampak notice depan kedai tu tulis 'PEKERJA DIPERLUKAN.PEREMPUAN SAHAJA.KAUM LELAKI TAK KIRA LA KAU JAMBU KE AGAR-AGAR KE BOLEH ABAIKAN NOTICE INI."Eheh yang last tu I tambah.So,since this is our first time ever looking for a job,kitorang lalu je depan kedai makan tu.Lepas je lalu kedai tu,terus "Apsal kau tak masuk,eii aku malulah,nak masuk ke tak nak ni,macam tak laku je kedai tu,dah ah takpayah la kite cari kedai lain."
Lepastu jalan-jalan lagi nampak lagi vacancy dekat kedai buku,pon macam tak meriah mana jugak tapi masuk jugak.Tempat ni macam cerah peluang nak dapat sebab diorang baru bukak cawangan dekat tempat lain,so memang perlukan pekerja macam kitorang ni.Yang macam kitorang ni diorang memang memang perlukan sangat.Tak tahu lah kenapa perlu ulang ayat tu.
Bila dah confident untuk cakap,HELLO-ASSALAMUALAIKUM-SELAMAT PETANG-SINI ADA-PERLUKAN-PEKERJA?,terus semua kedai lain kitorang terjah.Dari kedai makan,kedai buku,kedai perabot,kedai accessories wanita,kedai jual barang cute-cute,kedai komputer semua belasah masuk.Ada satu kedai je tak jadi masuk sebab die tulis 'TUKANG URUT WANITA DIPERLUKAN'
Lepas tu kedai makan yang mula-mula tadi I taknak masuk pon,masuk jugak akhirnya.Dan dan kedai makan ni kebetulan baru bukak seminggu dan memang perlukan waiter.Lepas tu masa nak tinggalkan nama tu,owner tanya,

"Pandai buat benda lain tak?"
I pon dah errr gulp-gulp."Buat apa?"
"Pandai masak tak?Goreng-goreng ke?"
"Owh.heh.Tak berapa nak pandai sangatlah."
"Buat air ke bancuh-bancuh air?Pon tak tahu?"
"Err.buat air untuk diri sendiri tahulah bang."


Kau gila nak mampos die suruh aku masak,buat air untuk customer.Memang lagi tak laku lah weh kedai tu nanti.Kalau suruh jadi mascot kedai dia,pakai baju mascot bear A&W,pergi sergah-sergah budak kecik boleh lah.Lepas tu boleh pergi buat-buat terpeluk jejaka kacak.
Dan disebabkan Hazira was the driver of the day,I dengan senang hati arahkan dia cari kerja lain kat tempat lain.Dari kedai jual baju-baju vintage,kedai hp,kedai jual alatan senaman,ceyyh ceyyh and sampai lah ke butik pengantin yang kitorang tersalah masuk lepas tu terus tiba-tiba kena offer jadi model.Err apa ni jalan normal pon tak betul nak suruh pakai tumit tinggi jalan lenggang lenggok lenggang kangkung.Model pengantin pulak tu.Choyyyyy.Cepat lah pulak mak den dapat menantu nanti.
Anyway today was fun.Tinggal tunggu je lah siapa-siapa call nak offer I kerja.

Im a free bird now

Dah 3 minggu I tak ketak ketak ketak ketuk keyboard ni.Terpaksa tahan nafsu nak cerita macam-macam kat sini.Nak cerita pasal dah 3 minggu tak tido bilik sendiri pergi semak-semak kat bilik orang lain pon kena tahan.Nak cerita pasal baju kurung yang I first time pakai masa exam haritu jadi last time pakai sebab sunguh-sungguh sangat masa tengah iron sampai terbakar,pon kena simpan jugak.Nak cerita pasal seminggu sebelum study week I dah semangat kosongkan almari baju pon kena tahan jugak.Macam-macam nak tulis nak cakap-cakap kat sini tapi bila dah banyak sangat nak cerita jadi dah tak tahu nak start mana dulu.Dah kerilu nak start cerita baju kurung berlubang ke atau nak start cerita pasal semangat nak balik rumah.Hoihh, rasa tak percaya dah habis dah matriks dah tak payah nak keluh-keluh setiap hari kenapa bilik dekat tingkat 4 tinggi sangat lepas tu peha tak kurus-kurus jugak.Sebelum ni I dah set mind takkan rindu matriks.Tapi bila dah lama kat sini,maybe I akan terindu dengan orang-orang yang I kenal kat sini.Akan rindu rindu Fath.Akan rindu dengan manusia-manusia bilik depan I yang selama ni jadi alarm pagi I,sebab bilik diorang satu-satunya bilik yang sentiasa ada mood,pagi-pagi lagi dah meriah dengan gelaketawa macam ada party.Umpama macam kalau study Biology dengan diorang memang confirm memang confirm buku Biology kau tah mana lepas tu sebab terlalu geli hati geli perut sampai main campak-campak buku apsal kau ni kelakar sangat hahh.Dan dan definitely akan rindu rindu rindu dengan Hajar dan Fie yang sudi walaupun tak berapa rela jadikan I roommate sementara sebab dari study week sampai exam,I dah lepak sana sampai tak tahu malu bawak segala bantal,teddy bear,towel,cawan sudu siap bentang tilam lagi.Biskut tak payah bawak I belasah diorang punya.Siapa-siapa nak cari I pon macam dah tahu-tahu je I dah bermaharajalela kat bilik diorang.Lepas ni dah tak dapat lah kauorang nak dengar aku cakap pelat S lagi.Kau suka kan Hajar ,suruh aku buat-buat cakap pelat S sebab bila cakap pelat,S akan jadi ASS. .*lidah kena keluar sikit.Nak sebut aiskrim pon jadi ASSkrim.Eh Bontot berkrim?

Tadi masa diorang nak bla dah, I dah tanam cita-cita tak nak sedih -tak nak sedih sebab dah plan nak keluar lepak sama nanti,tapi sedih jugak.Jatuh jugak air mata jantan awwww sebab rasa sayu lepas ni takde dah I nak tayang-tayang muka kat bilik Hajar dengan Fie.Kenapa asyik cerita pasal bilik diorang ni.Huishhh.Tak nak terima kenyataan I rindu bilik diorang.Tengok,diorang dah balik tadi pon I duduk sorang-sorang kat bilik diorang tengok Gossip Girl.

Takkan rindu bilik I yang kemas ni.

Tapi akan rindu bilik korang yang lagi gila kemas ni.


Inilah muka-muka yang selalu buat I gelak guling guling tu.

Eh tingginya awak ni Hajar.




I dah sampai rumah.Bahagia dah,dah dapat pegang balik TV remote control.

Friday, March 19, 2010

Nescafe setiap malam dan library pagi petang

Bila lagi sebulan nak final,memang secara automatik muka yang kerap balik bilik untuk TIDUR,tiba-tiba akan bertukar jadi muka kerap ke library.Lepas tu nanti suka buat announcement dekat library cakap kuat-kuat sebab telinga dah sumbat earphone,jadi bila nak mintak liquid paper pon jadi,
WEH KAU ADA LIQUID TAKKKK??!!

Terus kawan-kawan semeja jadi malu,terus siapa yang duduk dekat hujung sekali pon boleh dengar lepastu ramai murah hati hulur liquid paper dekat I.Okay ini tipu.Baiklah,sekarang pon tak dapat nak kemas blog sangat,terpaksa biar sampai berhabuk-habuk.Yelah sebab online pon jarang jarang sebab sedar diri nak exam dah.Lihat lah sampai I dah buat keputusan pada sebulan yang lepas,
"Abah,abah tak payah bayar brodband Myra,biar kan je kena potong,lepas exam baru Abah bayar yeahh".

Hoihhh,ingat senang ke nak cakap macamtu.Broadband pon I dah sorok dah dekat laci rumah yang masa kecik-kecik I panggil laici.

Eh heh sekarang kan,I dah ada pembakar semangat untuk exam kali ni.Heh hehh.


Sunday, March 14, 2010

Bila dapat jumpa kawan lama

Semalam I terpaksa pergi Zoo Melaka sebab ade experiment Biology yang memerlukan I dan seorang classmate,Syue menjadi wakil kelas untuk jenguk-jenguk haiwan-haiwan kat sana.Perasan malu tiba-tiba serbu kat muka,rasa nak patah balik bilik sambung tido bila nampak apsal banyak budak tadika harini hahh?Kenapa harini jugak lah cikgu-cikgu tadika ni nak bawak budak-budak halus ni pergi zoo.Rasa macam dah sebahagian dari diorang pulak buat rombongan sekolah pergi zoo.Dah la baju we all sepesen je semua.Tskk.Nasib baik budak-budak halus ni semua katik-katik pendek-pendek nampak comel bila masing-masing pegang tangan bila jalan.
Bila buat task,nasib baik dapat buat dengan Syue,kalau dia divide suruh pergi group lain,memang memang takdelah muka I dalam camera.Terpaksa jadi skema tak boleh tangkap gambar sendiri,kena tangkap gambar haiwan-haiwan je.Task kitorang senang dan habis dengan cepat tanpa sesat-sasat cari chimpanzee sebab ada satu boys group ni,I dah tinjau-tinjau usha-usha masa jalan-jalan dalam zoo tu,task group diorang kebetulan sama ngan kitorang.Hehhh.Kami folllow punggoq depa je lah.Ei gataiii gataiii.


Hoihhhhh.Macam gengster.


Lepas ni tak jumpa hang dah.


Ini wajah pasrah tak dapat makan A&W dapat makan jagung je.




Okaylah,bye-bye singa kurus,harimau kering.Tak nak datang lagi dahh.

Sunday, March 7, 2010

Satu-satu pergi



So yeah some of my friends gonna fly soon to further their studies.Some will be off to Japan and some will be leaving for India.And many were already in Egypt.Definitely Im going to greatly miss all of them and all the memories of those far-off days.Our lepak-lepak thingy after this surely gonna be utterly different as almost half of us are missing.*sigh.

All the best to all of you guys and sumpah rindu masa kita buat rombongan Cik Kiah naik komuter masa zaman sekolah dulu.Dan masa kite kat Langkawi pon! Homaigot.Homaigot.Rindunyaaa.
To Alep and Lukut,good luck okay kat sana.Walaupon tah apa-apa bahasa Jepun kau ajar,walaupun lepas tu aku dah tak ingat dah,walaupun gigi Lukut dah cantik dah tak boleh bahan dah,definitely we're gonna miss you guys.
And to Nadzim,all the best okay kat sana.Lepas ni takde sapa aku nak pakse dah teman aku kulur-kilir pergi mana-mana.Nanti kalau rempit kacau aku macammana ni?Tskk.
And to Wan Putri Wahida dan siapa-siapa rasa dia jauh dari Malaysia tu,cepat-cepatlah lah balik haaa.