- Three more essays to go
- Update blog untuk assignment which I haven't done anything yet when all the members of the group at least have posted few things there and the final evaluation is within this week.
- Poster presentation
- Quiz yang tak habis-habis on this upcoming Thursday
- ICT website presentation
- Update IELLS
- Dance competition ,tomorrow
- Final exam is coming in less than 2 weeks.
- Ugly pimples all over the place.HAHA.
- I am so dead meat.
Tuesday, March 29, 2011
Somebody please kill me.
Wednesday, March 16, 2011
Sebab tu kau kena tidur sekarang!
Tak tahu apa dah jadi dengan diri sekarang yang semakin tak terurus.Makin meluat dengan diri sendiri.Bayangkan bangun tido tersentap-sentap sebab terasa macam dah terbangun lambat sebab tengok katil sebelah, roomate dah ghaib. Lepastu cuak gila nak tengok jam kat hp sebab tahu dah terlambat bangun.Tapi sentap-sentap mak pun,mak tengok jugak jam kat hp perlahan lahan sambil berharap please jangan pukul 10.pelase jangan pukul 10 dan dah pukul 11.27am sebenarnya.Tahniah.Memang dah semakin selalu bangun dari tidur waktu pagi dan tanpa fikir panjang terus tampar diri sendiri sebab tahu dah terlepas kelas untuk pagi tu.Lepas tu terus emo sebab terlepas kelas pagi tu terus menangis kekecewaan dan sambil pujuk diri sendiri terus tersambung tertido balik dan secara automatik terlepas kelas seterusnya dan seterusnya.Lepas tu jumpa Hanis dekat next next class ,masuk tandas,dengar Hanis bebel bebel lepastu terus mengadu salahkan roommate tak kejut pagi dan terus berikrar dalam tandas sem depan harus cari roommate yang lebih mengambil berat dan concern tentang kedatangan aku ke kelas.Ok bye.
Tuesday, February 1, 2011
You got me
Pertama-tama sekali kakok-kakok abe-abe sekalian,saya nak tahu dulu,bila raya cina sebenarnya hahhh?Dah lepas eh?Tahu-tahu dah macam nak habis cuti je ni ha.Okay.Takpe.Kita abaikan itu semua dan mari kita fokus ya fokuuuus untuk membincangkan perkara-perkara berfaedah yang sepatutnya aku dah start buat dari mula-mula holiday haritu.Perkara berfaedah pertama yang harus dibuat semestinya bukan menyiapkan assignment ya bukan.Tetapi tidur ya tidur,dan bangun dari tidur tanpa ada perasaan bersalah kerana ter-skip kelas pukul 8 pagi.Serius takde mood betul kalau dah ter-skip kelas pukul 8 lepas tu kelas pukul 10 pon rasa macam takde mood nak pergi dah sebab semangat dah luntur dah kecewa sangat tak pergi kelas pukul 8 tadi and end up buat keputusan untuk ubati perasaan kecewa dengan sambung balik mimpi yang tergendala.Haa gitewww.
Selain tidur yang berkualiti,masa cuti juga digunakan untuk update cerita-cerita di tv yang selama itu banyak ketinggalan lepas tu nak tengok How I Met Your Mother walaupun dah ulang episode yang sama pun kitew tak bowsan kitew sukew je tengok jugak.Movie Alice In Wonderland yang agak bosan tu pun kite ter-tengok lagi sekali jugak sebab bapak kite pegang remote control lepas tu berkeras/berdegil nak tengok alice tak nak tukar channel lain lepas tu kite terpaksa je tengok bapak kite gelak-gelak sorang sorang lepas tu suruh saya gelak sekali bila scene babi dalam cite tu jadi alas kaki pemaisuri berkepala besar.*menangis*
Disebabkan kuasa veto di tangan bapak,oleh itu terpaksa lah saya ambil turn untuk tengok movie pilihan saya pukul 1,2 pagi.Tapi iklan kat tv ni kadang-kadang macam haram jugak.Paling nak kena maki bila tengah-tengah malam tu tengah tengok tv lepas tu tiba-tiba iklan keluar cerita pontianak lah,pocong segala.Hahhh menggelabah ayam kau nak tukar channel.
Ok bersedia,sekarang tiba part geli.Kalau for the past 5 months saya live in denial bila selalu menafikan that I don't fall for him and everyday I'll reassure myself that it won't happen but now I have to admit.Kita rindu kat awak lah .Ok nah baldi boleh muntah sekarang.And people can say whatever they want to say about you,about me,about everything and let them be.Haa giteww.
Ok cukup-cukup.Sekarang nak pergi moplantai,basuh pinggan,basuh dapur,basuh fridge,basuh Tom,(Tom=kucing bapuk),kurung Tom dalam toilet sebab bising,ketuk kepala Tom sebab cakar sofa,ketuk kepala Tom lagi sebab cakar pintu,marah Tom sebab naik atas meja,lepas tu nak pergi basuh satu rumah.Makcik makcik sekalian yang tengah lipat kain kat rumah tolonglah jadikan saya calon menantu anda.Ok bye.
Thursday, January 27, 2011
Nah cara paling EEEASY bila tayar pancit
Dalam kuliah hubungan etnik yang bosan.
Arghh, sakit perut lahhh.
Kenapa?
Perut I masuk angin.I rasa sebab I minum air soya ni *sambil masih terus sedut air soya dalam kotak*
Yeke?Banyak lah u.
Hoi,betul ahhh tak tau ke minum air soya boleh buat masuk angin lah.*Sambil tekan-tekan perut tahan sakit*
Oh yeke??Oooo.Kalau tayar pancit boleh guna air soya lah eh?Oh haa kalau kalau nak tiup belon pon boleh guna air soya lah kan?Oh kalau...oh kalau..
*Menangis kegembiraan kerana harus terima kenyataan kena berhadapan dengan perempuan ni duo puloh ompek jam*
The fear
Rumit,bila kau tahu satu langkah ke depan akan buat kau jatuh cinta dan satu langkah ke belakang akan musnahkan semuanya termasuk persahabatan yang terjalin.Life's hard but don't give up on me.Terima kasih masih bertahan.Salam balik eh eh.
Thursday, January 20, 2011
This is it
Jadi bermula hari jumaat ini hingga ahad ini iaitu 21-23 jan ini,saya dengan hati yang cukup besar cukup lapang nak jemput anda semua datang UKM untuk jumpa saya secara LIVE.Ok serius serius.Hahh datang lah Dataran Panggung Seni,UKM Bangi hujung minggu ni untuk bersama-sama memeriahkan MEfeK '11 ataupun Festival Kajai.Senang cerita,kolej saya yang cool gila babi ni ada buat festival and anda anda dan anda semua harus datang harus datang sebab ada banyak aktiviti and program menarik untuk u olls join.Warga UKM yang tak nak rasa loser duduk dalam bilik sorang-sorang pandang dinding wajib datang.
Kepada siapa yang kecik-kecik dulu masa sekolah selalu main galah panjang sebelum loceng tamat waktu rehat bunyi, lepas tu macam rindu nak main tapi malu tapi tak de geng ataupun sebab sedar diri dah berusia.Hahhh kitorang ada buat program sukan rakyat.Jangan cakap galah panjang,apa lagi kauorang nak?Congkak?Tengteng?Batu seremban?Baling selipar?Baling batu pinggan mangkuk senduk semua ada.
Lepas tu ada teater muzikal.Siapa yang tak pernah seumur hidup tengok teater,moh le dtg usha-usha.Teater muzikal ni pertandingan yang disertai oleh 3 kolej bertemakan "Lagenda Melayu Selusuri Legasi Baru".Pergh,baru sebut tema je dah meremang bulu roma gua.Lepastu kan kan kitew ada artis ,ada ex gf nabil raja lawak irma tu,ada fynn jamal,ada blackdays,ada nuclear strikes,ada battle of the band,ada futsal tournament ,ada main gubah-gubah buah,ada banyaaaaak gerai-gerai jual-jual,ada creative games,ada suara sensasi siapa abang2 kakak2 yang nak test-test suara before pergi audition mentor tu boleh testing sini dulu bang.Lepas tu My TV3 pun nak datang jugak weehoo.Ada can le nak nyelit muka masuk tv.Weehoo.
So what are you guys waiting for?Mark your calender now and make yourself free on this weekend cause you definitely have to come ovahhhhhh and we we we gonna make some nnnnnoiseeee.Jumpa di sana sanaa sanaaaaaa *bergema*
Tuesday, January 4, 2011
Its unbearable
I don't feel like blogging anymore.I think the eagerness to post something that would make people happy reading it is fading in a blink of eye.If I'm the one who would updates her blog daily, I think the blog would be fulled with post of title like "Today,I'm a loser,tomorrow I'll be a major loser".Or something like "I feel like a failure" or "Kill me,anyone? or "Hello darkness" and bla bla bla.So I think its better to keep it myself and remain them in drafts than writing out all my dark thoughts.I think I'm the one who rather keep the most of my problems in the earth to myself than sharing it with anyone.Even the closest friend was once clueless when someone asked her to tell something about me.Hows that huh?Usually when it comes to describe ourself,the people or friends around us would know us better than ourself.At least what kind of person I am.Am i loud ?An easy going person? or the girl who wore the tightest pants in the world? or maybe I am someone that would rather sit back at the corner and talk to the wall?Nahh.I dont think no one could understand me.Urghh I am getting sick of myself.Its getting worse and worse everyday and when you cant help it,it feels suck.All you can do is just sigh ,sigh and sigh.
I know I need someone to talk.Coping with depression alone is like next to impossible.It can never be solved.But when someone you need the most isn't there or senang cerita buat tak tahu je,calling the ex boyfriend whom you still can't get over with isn't a wise decision either.It do feels better but only for a while because at the end all I did was just messing up everything.
All I want you to do is just listen.Is it too hard?
Subscribe to:
Posts (Atom)
