Saturday, February 6, 2010

Mari kuruskan peha mari

Mungkin kerana Fie dah malas nak dengar atau muak atau rasa nak sepak muka I sebab asyik cite pasal penyakit depression I tu,jadi dia telah mengambil jalan mudah dan singkat untuk menceriakan balik suasana dengan ajak I pergi berbasikal.Tu lah kau.Aku dah elok duduk sorang-sorang depan library tadi sambil kononnya berniat nak bace dengan sungguh-sungguh chapter male reproductive organ dah tak jadi sebab tiba-tiba kau muncul dari mana tah lepas tu ajak aku tambah lemak pergi beli aiskrim Conneto.Lemak semakin bertambah dan dua lapis dagu jadi tiga sebab nafsu makan melonjak-lonjak bila nampak keropok pe tah bagai tapi bila dah makan tak sodap pon.Nafsu haiih nafsu.
Baguslah orang lain pergi surau sebab tadi ada demo pengurusan jenazah tapi kite lalu je depan surau siap rempit rempit lagi dengan basikal yang I sengaja pilih kaler hijau ala-ala hijau pisang gitu sebab konon nak matching dengan baju.Lepas tu masa turun bukit rasa macam power konon-konon nak lepas tangan sambil buat aksi bebas tapi tak berhasil sebab kurang practice.Cakap jelah kau tak pandai buat.Ye ah ye ah.Tapi I sungguh-sungguh nak jugak lepas tangan sambil kayuh basikal lepas tu bila dah dapat buat sikit,eksyen tunjuk kat Fie.

Fie tengok ni cepat.Tengok ni.Aku dapat lepas tangan!



Baiklah rupa-rupanya Fie lagi hebat buat aksi lepas tangan siap pernah kayuh almost satu padang lepas tangan lagi.Baiklah.Tskk.
Bila rasa-rasa macam dah buat 1479 kayuhan tanpa henti,kitorang berhenti tepi jalan kejap kacau jejaka-jejaka berjogging.Heh tak ah.






Berjoget Pahang sebentar bersama kit kat.




Walaupon I tak terer main kayuh basikal sambil lepas lepas tangan ape jadah tu,tapi tang lompat lompat ni I memang terer.Boleh eksyen dengan Fie sebab kaki die comel hahah tak boleh lompat tinggi-tinggi.




Masa tengah kusyuk camwhoring bagai,tiba-tiba disergah oleh abang basikal eh pakcik basikal tapi die tak berbasikal masa tu dia naik motor ah.Panggil die pakcik basikal sebab dia jaga basikal-basikal kat store tu.Terkejut mak kena sergah sebab dah lewat kena pergi pulang basikal.Rajin bukan pakcik basikal tu sanggup cari kitorang sampai ke padang suruh pergi pulang basikal.
Lepas tu bila rasa macam peha dah kurus pergi bantai nasi lemak ayam goreng yang godang tu untuk dinner.
Tsk sia sia je ketiak basah-basah buat 1479 kayuhan tu.

Saturday, January 30, 2010

Am I sliding into depression here?

Sepanjang minggu ni hari-hari bangun lambat.Button snooze dengan stop pon dah tak boleh beza dah terus tekan stop alarm.Memang mimpi yang tergendala pun boleh sambung balik ah lepas tu.Selalu akan bangun dulu dari roommate,sempat breakfast belek-belek notes lagi.Tapi minggu ni roommate pulak dah bangun dulu kejut I.Breakfast pon bye-bye lah sekali.Haihh dah la muka sekarang memang stok muka orang nak pandang sebelah mata pon tak lalu sebab tak tahu ah nak cakap macammana.Pagi-pagi nak siap pergi kelas pon diri sendiri tak lalu tengok muka sendiri kat cermin sebab rasa macam homaigod asal lah haih muka kau macamni.Kecewa bila terserempak dengan kawan-kawan semua cakap bende yang sama,Eh kau sakit ke?Eiii asal muka kau macamtu?Cakap kuat-kuat pulak tu.Terima kasih.Yang dari jauh yang dah lambai-lambai pon bila datang dekat-dekat secara automatik tiba-tiba akan tunjuk muka simpati tak jadi nak beramah mesra.Ketawa I untuk minggu ni memang fake.Tapi kena jugak tunjuk muka konon-konon ceria walaupun yang sebenarnya tengah serabut gila.Gila nak mati punya serabut kali ni.I feel like I don't have the energy to do much anything lately.Semua pasal study.Rasa macam Im such a total LOSER.Boleh tepek sticker L besar-besar kat dahi.Ingat balik rumah boleh lupa kejap,tapi tadi pun Umi dah tanya kenapa senyap.Tak tahu lah wayar mana dah putus but I have the feeling that I don't deserve to be happy.Rasa tak layak untuk gelak-gelak.This is not about being sad anymore,I think that this is more than just feeling sad.Tengah buat report Chemy dari introduction sampai conclusion pon boleh sedih macam kena tinggal boyfriend.Tak ke psycho tu.Bila rasa macam ni,I really really like so badly need a shoulder.Kalaulah boleh luah semua ni.Kalaulah.

Sunday, January 24, 2010

Whatever It Is

For inexplicable reasons,I've said something to you which I never happy about.Wondering what happen now and next enough to mess me up.For god sake I have no idea what I really want.And I know what ever come out of my mouth is not as same as my heart do.
Heart has always make me want to believe you,believe that everything will be fine,but the are other side pulling it over.It reminds me not to forget the pain.How can I tell you this?Only God know how glad I am having you close back but somehow the pain is still there.And hell I don't know how to get over it.Game apa pulak sekarang u nak main?Tolonglah jangan buat anything that makes me thinking there's a chance sedangkan apa yang you buat is just to reassure yourself that I still love you.I've been so naive before and don't let me become more.

And you know what,all this while I've been wondering is karma really exist and yes what goes around certainly does comes around.

Friday, January 22, 2010

Yabedabedabedu

Kenapa semua macam dah lama tak update belog masing-masing?Rasa sunyi sebab rasa macam I sorang je yang ye-ye mengupdate.Oh lupa kauorang mana ada cuti.I je yang cuti goyang kaki dekat rumah oleh itu ada banyak masa sampai boleh ada masa untuk tengok astro ceria.
Ok lah haritu masa kat Genting,(tiba-tiba) dengan sokongan padu tak berbelah bagi oleh rakan-rakan,I telah merelakan diri naik solero shot.Selama ni,setiap kali pergi sana,memang tak pernah naik.Tak pandang pun sebab tahu tak cukup had ketinggian.Ye ah.Ye ah.Mak gayat sebenarnya nyeh.Lepas tu bila dah naik haritu,masa dat thing tengah naik atas,I macam dah mati ah ni.mati ah ni.Macam takde pasal cari pasal je.Tapi lepas tu dah boleh berlagak dengan Hajar,aku dah naik dah.Tak takot ponn.Takot sikittt je.Kena buat muka konon-konon confident.

Ini masa kena gelak oleh kawan-kawan tersayang.Terima kasih kawan-kawan.


Lepas tu bila they all nak naik lagi I hanya mampu melihat dari bawah bila kawan-kawan naik buat kali ketiga.


Yang belakang tu tengah berusaha untuk elakkan muka dari diambil gambar sebab malu naik bende ni.Padahal dalam hati teruja.Yang depan ni memang excited tak ingat.

Bila line clear camni ah jadi.Memang memang kesian kau ada kawan macamni.Nadzim,kau macam senyum terpakse je.Takpe takpe.

Hajar muka kau tengok aku macam dah pasrah je tengok aku berkelakuan begini.Takpe.takpe.

Ini baru nampak normal sedikit.

Jap bagilah den nak tipon omak den jap ha.



Kau rasa kau sweet lah amek gambar dengan bunga atau tengah angan-angan konon-konon dah sampai negeri Jepun?


Eh kau cakap cepat sikit boleh tak.Syiling aku tinggal 10 sen je ni.


Mana la abang-abang kacak lagi gagah ni dari tadi tak nampak-nampak ni.

Anyway,ada satu game tu I memang ye ye jerit-jerit,tapi aunty depan kitorang boleh rilek-rilek makan angin baca newspaper.
Lepas tu ada lagi satu game ni ade budak kecik sound I eh kitorang sebab jerit kuat sangat.Tskkkk.Lepas tu padan muka kena marah dengan bapak die balik.Yeye.
Eh ada posmen lah pin pin depan rumah.Bye-bye.

Monday, January 18, 2010

Masih belum lepas lagi nampaknya


I’ve tried not to write this,not to feel this but I can't help myself as I don’t have the guts to voice out this feelings directly.I cant figure out of what I am doing.Am I laugh because I really laugh or I laugh just to show you the image of I'M-HAPPY-NOW-I-CAN-LIVE-WITHOUT-YOU,though in real,Im way far from it.I know this is not how it should be and seriously I have to stop to feel this.Tengok sekarang pukul berapa dah Benci ah emo-emo waktu macamni.Dah kurang masa tido tak dapat lah nak mimpi-mimpi kahwin anak raja.


Tuesday, January 12, 2010

And here we go again

Teruja bila dapat jumpa balik rakan-rakan satu bantal satu katil masa PLKN dulu dan jadik macamtu sebab I memang suka tido malam-malam kat katil orang kat kem.Eh tak tak bukan sebab penakut tapi sebab I macam nak erat lagi bonding antara kitorang.Pfttt.
Before ni dah banyak sangat planning nak jumpa tapi semua tak jadi.Angan-angan je nak jumpa nak jumpa.Selalu terserempak dalam facebook je (heh asal terserempak dowh kau ni) lepas tu asyik likes2 status je amende tah.Tapi kali ni angan-angan last minute menjadi kenyataan.Tapi pagi nak jumpa tu I dah huru-hara dah sebab lambat bangun tertido kat sofa je malam tu sebab bahagia berutus ym dengan kekasih lama.eheh.Diamlah kau.
Masa sampai,dah nampak Areen dari belakang dah.Macam model siottt.Mula-mula macam nak sergah baa chaak sambil tutup mata dia pastu suruh dia teka sape.Tapi tak jadi sebab takut salah orang dah tak pasal-pasal nanti terus aku kena makan banyak-banyak sebab malu yang terlampau-lampau.Tapi kalau terbuat lepas tu tibe-tibe salah orang memang akan senyum dengan cemerlang lepas tu buat-buat tanya kau tak kenal aku ke alaaa kawan mengaji kau kecik-kecik dulu pastu tak sempat jawab terus cepat-cepat blah.



Lepas comolot dengan Areen pe semua tunggu Meow pulak dengan kekasih dia sampai.Lepas comolot dengan Meow depan kekasih dia heh terus pergi makan sebab semua nak makanlah amendeee lah kau ni.



Wah dah boleh goreng telur lah kat muka kau ni Myra.


Atas ini muka perempuan kebulur tapi dia cover-cover macam tak lapar sangat.Sebenarnya tak sabar nak terkam ayam gemok tu.Yang sebelah mulut nganga tu dia buat konon-konon macam awrrrrr camtu ah konon sexy tapi tak pon.Baiklah,ada unsur jealous kat sini nampaknya.


Ok yang ini dah tak boleh cover dah.

Dan bila perut masing-masing agak-agak dah kedepan few inci tu,kitorang berusaha dengan gigih untuk rampingkan dan flatkan semula dengan menghabiskan duit ke jalan yang benar ok oklah pergi shopping lah ape lah.Lepas tu bila semua dah perasan kurus,semua teringin nak makan cake.



Kat celah-celah baju pun harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengambil gambar.




Semua konon-konon ciom aku cepat.Cepat.Ok dah aku je sorang yang ye-ye.Areen memang tak ye-ye.



Kalau lah boleh pakai pergi kelasss.
Anyway I really had fun with you girls and lepas ni boleh sambung balik likes2 kat facebook.

Saturday, January 9, 2010

Bahagia untuk dua minggu

I had just gone through the agony of midterm and now its hoildayyy and I love holidays more then ever rasa nak peluk-peluk holiday kuat-kuat tak nak lepas.I dah fikir masak-masak dan dah buat keputusan,holiday ni boleh digunakan sepenuhnya untuk cantikkan balik mata yang dah macam panda tak cukup tidur ni dengan bangun tidur bila perlu sahaja seperti nak tarik comforter atau nak switch on aircond atau nak tengok dah pukul 1 tengahari atau belum dan kalau baru pukul 12.54 tengahari, boleh sambung zzzz lagi.Bahagia-bahagia.
Holiday ini dah tak payah makan lauk cafe tapi tempe goreng akan rindu I selama 2 minggu.Walaupun makcik cafe pernah tanya sambil kira nasi I,

"Dik,elaun tak masuk lagi eh?"


Terasa I makcikkk.Heh.Mungkin sebab kesian tengok I makan nasi bungkus yang hanya berjumlah seringgit dua posen.Tsk.Dah tempe ni je yang menyelerakan saya nak buat macam mana makcik.Tapi Syue pecah rekod sebab nasi bungkus dia sembilan posen je wei.Sembilan posen.Kau amek kuah je ke apa.Oh aku tau aku tau kau sorok ayam goreng ngan ikan keli kan bawah nasi tu kan kan.


Dah ah nak pergi terjun katil byebye.