Saturday, January 9, 2010

Bahagia untuk dua minggu

I had just gone through the agony of midterm and now its hoildayyy and I love holidays more then ever rasa nak peluk-peluk holiday kuat-kuat tak nak lepas.I dah fikir masak-masak dan dah buat keputusan,holiday ni boleh digunakan sepenuhnya untuk cantikkan balik mata yang dah macam panda tak cukup tidur ni dengan bangun tidur bila perlu sahaja seperti nak tarik comforter atau nak switch on aircond atau nak tengok dah pukul 1 tengahari atau belum dan kalau baru pukul 12.54 tengahari, boleh sambung zzzz lagi.Bahagia-bahagia.
Holiday ini dah tak payah makan lauk cafe tapi tempe goreng akan rindu I selama 2 minggu.Walaupun makcik cafe pernah tanya sambil kira nasi I,

"Dik,elaun tak masuk lagi eh?"


Terasa I makcikkk.Heh.Mungkin sebab kesian tengok I makan nasi bungkus yang hanya berjumlah seringgit dua posen.Tsk.Dah tempe ni je yang menyelerakan saya nak buat macam mana makcik.Tapi Syue pecah rekod sebab nasi bungkus dia sembilan posen je wei.Sembilan posen.Kau amek kuah je ke apa.Oh aku tau aku tau kau sorok ayam goreng ngan ikan keli kan bawah nasi tu kan kan.


Dah ah nak pergi terjun katil byebye.

Sunday, December 27, 2009

Breakfast at Tiffany's eh eh Paktam's

Rasa macam baru menang game show jangan lupa lirik bila dapat jumpa sayang-sayang I tadi.Aznil saya yakin jawapan saya macam betul saya kunci lirik ituu.Ah kau takde kena mengena.Rasa macam hilang kusut musut kat kepala,hilang kelumumur tak payah dah guna head and shoulder bila dapat peluk sayang-sayang I tadi.Jerawat-jerawat yang selama ini hidup segan mati tak mahu pun pun hilang sekelip mata bila dapat ok dah dah ini tipu.Rasa puas bila cerita-cerita hot yang dah jadi jeruk finally dapat dibentangkan dan dihebahkan kat kauorang sambil makan roti bakar ada telur goyang atas dia.Ok half cooked sebenarnya.Rasa bangga sebab tadi berjaya park kereta dengan betul tanpa senget dalam masa 2 minute yeah 2 minute tanpa rasa menggelabah ye ah sikit je ah sikit je.Rasa bongkak bila dapat reverse kereta tanpa perlu tunggu kereta sebelah keluar dulu sebab selama ini sanggup tunggu mana mana kereta sebelah keluar dulu baru kau reverse.Ok sekarang semua orang dah tahu rahsia kau.RQCXFCXED#@#&R.

Tapi tapi tadi jumpa kauorang kejap sangat.Tak puas.Lepas ni kita pergi manjakan diri sama-sama ok babes.To Atie and Norja, aku dah rindu korang dah ni.Putri jauh sangat hari-hari aku rindu.

Sunday, December 20, 2009

Happy birthday buddy!

He is one of my best guy friend and as last Friday was his 19th birthday,we went out for dinner yesterday and I chose to have a lovely steamboat which is my hot favourite at Johny's.Ok ni siapa punya birthday sebenarnya ni.We spent longer hours to finish up the food and one of the best thing at Johny's is the sauce.We simply love it and this reminds me of Putri as she loves it too.Haritu kau balik tak sempat makan kan Ci?
Burp.Ok dah kenyang ,then we headed to the cinemas to check out the latest movie.Too bad the tickets for AVATAR is quickly sold out but but luckily there was a man suddenly approached us claiming that he had bought 2 extra tickets for the movie and asking us if we would like to buy those tickets from him.Ok muka Nadzim yang kecewa sebab ticket habis tadi dah bersinar-sinar lepas dengar offer pakcik tu.Cehhh aku baru berangan nak pergi cari kasut baru.The movie was ok but it tooks almost 3 hours and kitorang yang mula-mula semangat nak tengok tadi dah jadi kurang bersemangat sebab lama sangat.Asyik lawan-lawan pastu kalah je buat apa.Biasalah cerita tu hero kalah dulu then at the end menang lah jugak macam cerita Ultraman tu.Mula-mula kalah pastu bunyi-bunyi la lampu merah kat dada dia.Pastu Ultraman dapat semangat balik,sepak-sepak raksasa tu,baling-baling raksasa tu lepastu tu Ultraman pun menang.Ceh cakap lah kau layan Ultraman kecik-kecik dulu.Memang-memang power rangers pon sekali and selalu gadoh dengan adik aku berebut power rangers kaler pink sebab yang kuning tak lawa.Ok habis cite power rangers.Anyway,movie tadi AVATAR dia sexayyyy siot.Budak kecik tutop mata sekarang.
Then before 12,he drove me back home walaupun ada jauh di sudut hati beliau,beliau bercita-cita tinggi nak drop aku kat bus stop suruh aku balik naik bas.Kurang asam kau.


Kenapa muka aku takde.Kenapa?Hanya ada muka periuk dengan muka mamat mana tah.Anyway,happy birthday friend may Allah bless you always and jaga girlfriend kau elok-elok kalau tak aku sepak kang.

Friday, December 18, 2009

Dah boleh buang calendar lama

Today is 1st Muharram which is referred to a beginning of a new year in the Islamic calendar and last year certainly left its mark with those sweet and excruciating memories.
Looking back though,it has been so much unpleasant things I had been through. And in the last 8 months,there had been a lot to accept and almost everyday my day would start with mess as I woke up with a horrendous migraine headache probably too much of tears and thinking.Too many of bittersweet memories over the past few months but it seems like I remembered the bitter part mostly.Those memories used to be my best friend for all this time whenever I miss you.I’ve kept all the memories locked in my head,struggling to remember every single things we did,every single words you've said including your very last words that utterly wrenched at my heart and I flushed the key of my memory down the toilet so that no one can find the key unless kau pergi indahwater digging for the key kalau kau nak sangat lah aku lupakan dia.I don’t want those memories to fade since I’ve lost all the photos of us and things that remind me of you.Tinggal botol air mineral kosong wtf kau simpan benda tu.Boleh pergi buang sekarang.And there were times where you thought you've completely moved on and all you want to be is to be his very best mate but sometimes,you knowww surreptitiously you just want things back the way they were before.Dealing with this aren’t easy huh?Kejap rasa macam dah move on kejap rasa macam enjin je dah lama start tapi minyak tak tekan lagi.Macam mana nak gerak.Tapi sekarang rasa macam dah gerak sikit-sikit dan tahun ini dah boleh tukar gear 5.Dah boleh pergi join rempit tiap2 malam sabtu.Yeahh hoo.Itu semua dulu.Semua dulu-dulu.Dealing with the studies is more complicated anyway.Lagi fening-fening.Haih yang ini tak tahu nak cakap macammana.Ini lagi masalah besar sebenarnya.I can feel like my brain is slowly degrading.Hilang boyfriend boleh bla lagi.Ok ok tak boleh bla sebenarnya.

Tahun lepas jugak finally I have my very own acoustic guitar I always wanted since after the spm.Tapi kan tak power main lagi lah haih macam mana ni.
Masuk part solat untuk tahun lepas pulak memang tak payah cerita lah.Rasa dah menggunung dosa untuk tahun lepas je. Dan malam tadi kat surau terbaca artikel dosa yang lagi besar dari zina ialah dosa tinggal solat lepastu tak rasa menyesal lansung sebab tinggalkan solat tu.*huish telan airliur sekarang.
Tahun lepas rasa macam tahun air mata.Haha.Ok dah tahun ni nak jadi tahun gelak ketawa.Air mata semua boleh simpan untuk potong bawang.
This year I want to be a better daughter to umi and abah and a better sister to my only sister and brother.I don’t think I’ve done anything that can make them proud of. I know they are proud of me, always be my side no matter what but I just don’t think I earned it. I’m not good enough to deserve such attention and it makes me feel guilty of not being what they really want me to be.
I will no longer waste my time rekindling the past,instead I will spend it worrying about the future.Oh ok ini baru betul.

Monday, December 14, 2009

Bunga-bunga

Eh kite rasa kite macam SUKA lah kat awak.Macam mana ni.Macam mana ni?

Sunday, December 13, 2009

Cuba tukar balik

Rasa macam dah banyak sangat dipengaruhi oleh tv dan iklan-iklan dan brand-brand yang famous amous ni.Memang sejak belum pandai buang air kat toilet dah diajar begitu so memang susah nak buang sebab dah sebati macam teh panas dengan biskut hup seng.Huhh sekarang dah lapar.Okay,contohnya perkataan megi instead of mi segera. Masa-masa kecik dulu mak memang dah cakap,
'Harini mak malas masak kita makan megi je"
Macam pelik lah pulak kalau tukar
,
"Harini mak malas masak nasi kita makan instant noodles je"

And kalau pergi kedai mamak pun dey all cakap,

Maggi goreng satu !!...tak mau cili,tak mau sayur,megi pon tak mau.

Walaupun dah terang-terang lagi bersuluh mamak tu guna mi segera mamee muka Mawi lagii.Dan dan Milo instead of minuman malt chocolate.
Macam genius kalau dengar budak kecik mintak,
"Mak nak minuman malt berchoclate mak ,minuman malt berchocolate.
Kalau
,
"Mak nak milo mak,nak milo.

Okay ini baru macam normal.
And Pampers instead of drypers And Colgate instead of ubat gigi.Tapi yang ni i tak join i sebab i pakai kayu sugi. Okay habis dah.
Eh...semalam I TERPAKSA pergi perhimpunan belia sedunia at MITC.Okay lah kot.Dapat tshirt free.Tu je.Okay dapat roti.Air pon.Okay lah buah sekali.Okay fine dapat lunch free sekali.Tu je.Kalau perhimpunan jejaka-jejaka hot sedunia,lepas subuh lagi I dah berhimpun sorang-sorang.Eii.gatal-gatal.



And in this photo is Myra si mata bengkak and si cantik Lily.

Friday, December 11, 2009

Kena hadap jugak benda-benda ni

Hari hari terasa semakin berat.Semakin banyak formula kena hafal.Semakin banyak masa habis untuk siap satu soalan trigo.
Semakin kurang waktu bergosip.Eh kau nak tak tahu tak,mamat tu tak makan tempe rupanya.Oh yeke weh jap jap lagi sambung weh aku busy copy report chemistry ni.
Semakin jakun tengok iklan di tv.Iklan potong-potong dah so yesterday kau baru eh eh iklan tu lah sambil semangat nyanyi potong potong.
Semakin kurang tido lepas lunch.
Semakin jelas lingkaran hitam hodoh kat bawah mata.
Semakin cepat emo nescafe 3 in 1 cepat habis.Semakin hilang mood belajar guitar.
Semakin membuak-buak rasa nak hentak-hentak gitar tu.
Semakin kurang curik-curik makan biskut dalam kelas.
Semakin banyak jerawat hodoh.
Semakin selekeh pergi kelas.
Semakin jatuh saham.
Semakin lambat dapat boyfriend.
Semakin kurang kasih sayang.
Semakin lambat bina masjid.Weh dah lah tu dah la tu.