Tuesday, November 24, 2009
Eh,hati i terguris lah u cakap macamtu
'Alahhhhh Myra,you nak shopping pun buat apa.You pakai tudung semua.Tutup semua sana sini.Asyik-asyik pakai long sleeves je.Keluar pun pakai baju kurung.No fashion sense at all.Shopping pon bazir je beli benda sama."
And I pun terus hadiah flying kick dan tumbukan padu kat muka dia.Tak cukup lagi I ambil blender,pergi blend cili api kejap pastu sumbat-sumbat kat mulut dia.Cey cey.Tak ah.Tak ah.We had a little arguement lah but it ended quickly sebab dia dah kalah.Eleh takut i dah terasa hati eyh.Tapi,weyh you ni duduk zaman bila weyh.Ingat takde lagi dah orang yang berfikiran agak sempit sebegitu.Sayang you kaya dengan ilmu tapi miskin dengan budi bahasa budaya kita.Sekarang pergi nyanyi lagu siti tu.I tau lah kita sembahyang lain lain tempat.Tapi bila i raya,you pun cuti sama.Macam tak perlu kot cakap macamtu.Kalau orang lain dah lama kena sembur habis-habis you ni.Ada ke you cakap i have no fashion sense?Yang you pergi kelas tadi pakai baju jalur-jalur ngan seluar jalur-jalur tu apa pulak tu?Tak rasa kelakar ke?You tak tahu ke u dah buat fashion crime no 87?Pergi bukak E channel sekarang.
Eishhh.Nasib baik ada aiskrim mat kool buat I jadi cool.Tapi dah memang selalu macam ni kot.Our disagrement about those petty things ni dah common sangat.Macam dia selalu cakap i dah bulat macam donut walaupun sebenarnya TAK okay.Bulat ke?Tak kan?Tak kan?
Dah dah salam lah balik.
Sunday, November 22, 2009
Bila sorang-sorang
Ha..Semalam I pergi sana ada lawatan pergi ke Matriks Johor untuk semua ketua blok.Memang cam haram la weh bosannyaa.Part klimaks time makan free je lah.Tengok,betapa bosannya trip tu.Asal la diorang tak buat aktiviti macam baling selipar antara ketua-ketua blok.Lepastu siapa kalah kena simbah air berbaldi-baldi ramai-ramai.Kan lagi seronok macam tu.Kata nak erat silaturrahim.Tapi,sudah tentu lah aku nak jadi yang kalah.Pastu bila diorang baling-baling air,jerit-jerit..
"Aaaa..Jangan lah.janganlah wehh.kih3"
Padahal dalam hati ,
"Simbah lah lagi weh.simbah laa".
Lepastu balik college semalam I bantai tido.Terjaga pukul 12 pagi camtu sebab Fath datang bilik mintak movie apa tah.Lepas tu ambik kau tak boleh tido sampai kul 7 pagi.Dan harini I bangun balik kul 9 pagi.Well,2 jam je kot tido.Power tak?power tak?Oh lepas tu kan kan I terus pergi mandi weh.Like hello?Mandi pagi on Sunday morning?Jarang sekali kot.Kalau member2 dah komplen2 terbau bau ketiak masam,baru le kau terhegeh2 pergi mandi tengahari.Ceyy.Tak senonoh lah kau ni.
Nak bagitau jugak ni,disebabkan kebosanan yang melampau tambahan pula roommate-roommate telah hilangkan diri secara tiba2,padahal report experiment haram jadah kau tak buat lagi,I telah pakai kain batik pergi tepi sungai ada batu-batu,pastu basuh baju kat situ sambil nyanyi-nyanyi lagu ikan kekek.Hehhh tak ah.I telah pergi bilik air je,basuh baju sambil nyanyi lagu pontianak Misha Omar.Takde sungai-sungai pon.Nak bagitau I telah basuh baju satu baldi penuh ye,satu baldi penuh guna tangan weh.GUNA TANGAN.Kalau tak ,memang I lah pengguna setia washing machine kat aras 2 tu.Balik-balik muka I je lah terhegeh-hegeh masuk syiling2 RM2.50 kat machine tu.Sanggup beli gula-gula 10 sen pastu dapat balance 90 sen nak buat duit basuh baju.Pastu machine tu plak cam annoying tak nak telan duit yang I sumbat,sampai I kena panggil siapa-siapa yang lalu lalang kat situ tolong masukkan duit.Padan muka.Sape suruh lalu situ.
Dah la dah la cukup lah.Pergi buat report bio sekarang.Eh tak.Pergi copy report bio budak bilik depan sekarang.
Friday, November 20, 2009
Hopeless Expectation
So much thing running in my head I don’t where to start though.I don’t like this feeling because its tiring.Im tired.PENAT tahu?I did my utmost to evade this issue but I cant help my self to show how this disappointing I am to be.Perasaan berubah-ubah.Berubah mengikut masa dan keadaan sekeliling.Kadang–kadang at one minute I boleh rasa sayang yang mencurah-curah and the next minute ia boleh jadi benci yang membuak-buak.I have doubt on what I’ve done.Macam,“Eh apa aku buat ni??All of sudden I will feel like I've just make myself look silly and desperate infront of you .Tak cukup memalukan ke tu?
There are some point when I looked back and I regret thing I’ve said.I tak sedar that walau apa pun jadi things will never be the same.Between you and me. Starting from the last nite,im sorry if I’ve make it more complicated.I promised myself not talking to you as it is the best way I could forget you but I guess it doesn’t work well.I sangat lah tak tahu watdehel I buat sekarang but yang pasti ia buat I PENAT.PENAT.PENAT.
PENAT fikir.PENAT sakit hati.PENAT rasa kecewa.PENAT simpan harapan.PENAT mengeluh-ngeluh.PENAT lah ngan semua ni.Im tired of ignoring the fact I was hurt completely.Kalau lah I boleh lupakan je semua ni tapi tak boleh masalah nya.Itu lah masalahnya.I just want to be happy.Happy macam lagu Barney dinosaur purple perut buncit tu.
Kalau you baca ini,i nak you tahu hati i dah kemek macam tin coke yang dah kena pijak banyak-banyak kali tahu?Tuesday, November 17, 2009
Oh no no
Macammana nak cakap NO bila kawan ko minta kau teman dia pergi machine atm yang terletak kat pintu masuk kolej kau sedangkan kau sekarang berada bilik kau yg terletak di hujung2 kolej di tingkat 4.Pastu ko tengah sakit kepala kaw2 punya dan bila teringat dia pernah teman kau dulu-dulu, ,kau tak sampai hati nak tolak.
Macammana nak cakap NO bila kau tgh diet besar-besaran punya pastu tibe2 adik kau datang tengok tv sebelah kau sambil makan cokolat dan bercita-cita untuk menghabiskan cokolat tu yang memang susah kau nak dapat kat malaysia.Pastu hulur kat ko "NAK COKOLAT?TAK NAK, ORANG HABISKAN.
Macammana nak cakap NO bila kawan ko mintak pinjam duit kat ko sebab takde duit nak makan.Tapi sebenarnya dia nak pergi bersukaria.Kau tau pun sebab kawan kau yg lain pernah kena ngan dia.Nak tambah konflik lagi, kau pulak pernah dengar rumours mengatakan dia ni kalau hutang selalu buat-buat lupa nak bayar dan kebetulan kau mmg tengah agak pokai time tu tapi kau tak sampai hati nak cakap tidak sebab rasa macam tak elok caye kat gosip2 sebgitu dan kau tak sampai hati nak cakap TAK BOLEH LA WEHH.
Macammana nak cakap yang NO ,kau tak setuju dengan sesuatu tu contohnya seperti kawan-kawan ko minat dengan Edward Cullen ,tahap nak kawen sehidup semati ngan Edward Cullen lah tapi ko sorang je ,ye kau sorang je yang masih tercari cari tertanya -tanya dimana terletaknya kekacakan beliau sebab ko rasa rambut dia yang tebal boleh sorok pemadam.pembaris tu sangat PELIK yang kadang2 cam joe jambul pon ada gak.
Macammana nak cakap NO bila kau ada dalam situation makcik jual kain2 jual kopok2 yang datang rumah ke rumah tu datang rumah ko.Belum sempat kau nak cakap "takpelah makcik mak pak saya xde"...makcik tu dah duk bersila depan kau sambil bentang kain2 kerepek2 yang dia nak jual."Belilah nak.Acik kasi discount 20 percent." Sambil makcik tu lap2 peluh akibat penat berjalan.Ko plak memang la agak kering kontang ilek warakek takde duit.Bagi sirap ais je lah.
I've been in some of the above situation.And I'm always saying YES ,tend to agree everything when NO NO NO is what I really want to say.
Oh ye,katakan tidak pada rokok.
Friday, November 13, 2009
Happy folding
Yang ini rocket merah ni kalau aku dapat buat, memang semua akan makan hati sebab jeles tengok lepas ni aku boleh sampai ke class tepat pada waktunya.Vroom-vroom.Oh lupa nak bagitau.I dah ada dirumah.Yayyy for me.Tadi kat masjid nampak tupai selamba main kejar-kejar depan aku.Tak sempat nak cakap
"Eh...comelnya.."
Sempat cakap "Ehhh...." je.Tupai tu jalan laju sangat.Sumpah,ape kau cakap ni oklah bye.
Thursday, November 12, 2009
Last night
Tuesday, November 10, 2009
Ciri-ciri JEJAKA IDAMAN saya



Memang ye tajuk entry takde kene mengena dengan apa yang I nak cite ni.HAHA.Padan muka.Tadi jumpa kaunselor sebab teman Izzati pergi tanya pasal masa depan.Nak tanya masa depan kitorang ni cerah ke gelap ke ade kaler2 ke.Okay-okay.Nak tanya pasal law actually.Izzati dapat asasi law Uitm so nak pergi tanya lah whether she should grab the chance or not.Peluang datang sekali je.Pastu time kitorang bertentang mata dengan kaunselor tu I tiba-tiba rasa macam tak selesa.Sebab bile I pandang mata beliau,I pikir macam2.Sebab ko tau lah kaunselor ni kan belajar psychology amende tah tu.So dia belajar la bace body orang..body language la.Macam kalau kite garu2 hidung kita masa tengah cakap ngan dia,dia dapat tau lah kita tengah nervous ke,banyak tahi hidung ke.Tengok sikit je dia dah boleh agak berapa banyak tahi tersembunyi.Oleh sebab I tau beliau ada kelebihan tersebut, setiap kali dia bercerita pasal ape tah sambil bertentang mata,I dok pikir-pikir ape die tengah pikir pasal I.Bukan I dengar pun apa dia berfalsafah.Muka I memang konon-konon kusyuk lah tengok dia cite tu cite ni,siap ade kerut-kerut halus lagi muncul di antara kening-kening I.Siap angguk2 geleng2 kepala lagi youu.Padahal tengah main teka teki jawab sendiri dalam kepala otak ni.
And lepas tu Izzati finally made up her mind and dia akan pergi meninggalkan I Rabu ni.Dia memang saja nak bagi aku makan biskut sorang2 lepas ni time lecture.

Eh eh dah pukul 2 rupanya.Malam ni sejuk.Sejuk nye sejuknya.Terpaksa cari sweater ngan seluar panjang kalau tidak akan tidur macam siput dalam kerang dia tu.Takpun pakai telekung lah senang tutup semua.Kang ada gak yang pengsan pagi esok nak kejut aku.Oklah bye.